Subscribe:

Pages

Isnin, 1 Ogos 2011

DAP INGIN AMBIL ALIH JAWATAN PERDANA MENTERI


Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin

PETALING JAYA: Sebuah NGO Melayu, Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) hari ini mendakwa tindakan DAP yang mahu bertanding lebih banyak kerusi di kawasan majoriti Melayu bertujuan untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri (PM).

Pengerusi Gaps, Hamidzun Khairuddin berkata, DAP walaupun memperolehi sokongan maksima masyarakat Cina namun itu masih belum cukup untuk mereka memenangi kerusi bagi mengambil alih kerusi Perdana Menteri.

“Gaps yakin sebenarnya DAP sedang menyusun langkah untuk mengambil alih jawatan PM, kerana itu ia harus melebarkan jaringnya di kawasan majoriti Melayu.

“PKR dan PAS sekarang pula sedang mengalami kemerosotan sokongan yang amat sangat di kalangan pengundi Melayu. Oleh itu kedua-dua parti ini dilihat DAP tidak mampu untuk mengekal kerusi yang mereka ada sekarang.

“Alternatifnya adalah untuk DAP meletakkan calon Melayu. Dengan formula ini, DAP berharap sokongan kaum Cina kekal dan pada masa yang sama sokongan daripada kaum Melayu bertambah yang akhirnya akan memenangkan calon mereka,” katanya.

Hamidzun berkata, secara halusnya sebenarnya DAP sedang mengadaptasikan cara parti PAP (Parti Tindakan Rakyat) menguasai kerusi Melayu di Singapura sejak tahun 1965. Formula PAP mungkin boleh digunapakai oleh DAP untuk menguasai politik negara ini.

“Malahan hubungan keluarga dan politik abang-adik PAP dan DAP merupakan jambatan yang sangat utuh yang diyakini oleh DAP untuk menguasai politik negara ini,” tambah Presiden Gaps itu.

Sebelum ini, beberapa pemimpin DAP mengatakan parti itu berhasrat meletakkan lebih ramai calon Melayu bertanding di kawasan majoriti Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.

Sejak sekian lama DAP berusaha untuk menarik ramai orang Melayu menyertai parti itu bagi menepis anggapan parti itu parti orang Cina.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan