Subscribe:

Pages

Rabu, 29 Jun 2011

PENDEDAHAN JOHARI : FITNAH ZINA UMNO TERHADAP ANWAR IBRAHIM




Selasa, 28 Jun 2011

GARA-GARA DEKLAMASI SAJAK, PAK SAID DISIASAT POLIS

Samad Said's Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara -
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita - demokrasi luka;

lama duka kita - demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;

kini merebaklah nyala unggun itu.

BERSIH 2.0 : ARAHAN TERTINGGI UMNO PUNCA TINDAKAN POLIS

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di IPD Dang Wangi.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, berhubung kenyataannya mengenai Perhimpunan Bersih 2.0.

Anwar ditemani isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, pimpinan KEADILAN dan peguam dari lawyers For Liberty (LFL), tiba di IPD berkenaan untuk dirakam percakapannya pada jam 5 petang.

Ketika ditemui pemberita selepas keterangannya diambil, Anwar berkata arahan pimpinan atasan Umno punca polis tidak berlaku profesional dengan menekan pimpinan Pakatan Rakyat berhubung penganjuran perhimpunan 9 Julai ini.

“Inilah satu negara di mana keputusan mengadakan pilihan raya bebas dan adil dikecam media milik Umno.

“Saya yakin dan percaya Polis tidak akan bertindak menghalang himpunan ini jika tidak mendapat arahan pimpinan atasan Umno,” kata Anwar.

Kata Anwar, ia terbukti apabila polis membisu mengenai tindak tanduk terbaru Pemuda Umno dan Perkasa yang mengancam untuk membakar Ibu Pejabat KEADILAN, malam tadi.

Namun pada masa yang sama, kata Anwar, polis menangkap aktivis Bersih dan pimpinan Pakatan rakyat untuk mengganggu hasrat rakyat yang mahu berhimpun secara aman, pada 9 Julai.
Sumber: Malaysiakini


Rabu, 22 Jun 2011

BOROS BERBELANJA KETIKA PRN SARAWAK PUNCA UTAMA "HIMPUNAN BERSIH"


"Kerajaan persekutuan boros berbelanja, sebanyak RM500 juta dihabiskan dan menjanjikan projek pembangunan berjumlah RM1.18 bilion kepada rakyat Sarawak"

Penasihat DAP, Lim Kit Siang
PETALING JAYA: Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, sikap kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) yang boros berbelanja dengan menghabiskan RM500 juta ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak merupakan salah satu punca Himpunan Bersih 9 Julai bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil dianjurkan. 

“Kerajaan persekutuan boros berbelanja, sebanyak RM500 juta dihabiskan dan menjanjikan projek pembangunan berjumlah RM1.18 bilion kepada rakyat Sarawak ketika berkempen pada PRN negeri itu,” kata beliau yang dipetik dari blognya hari ini.

Menurut Lim, di Parlimen semalam, dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Jabatan Perdana Menteri mendedahkan bahawa kerajaan persekutuan mengumumkan 62 program dan projek bernilai RM1.18 bilion di Sarawak ketika PRN negeri itu.

Sejumlah RM1.18 bilion itu diagih-agihkan di antara 10 kementerian, iaitu Jabatan Perdana Menteri; Kementerian Luar Bandar dan

Pembangunan Wilayah; Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli; Kementerian Pertahanan; Kementerian Kesihatan; Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; Kementerian Pelajaran; Kementerian Air, Tenaga dan Teknologi Hijau; dan Kementerian Sains dan Inovasi.

Projek-projek itu termasuk kerja-kerja menambahbaik surau, masjid dan lain-lain rumah ibadah; dewan masyarakat, sekolah dan jalanraya; membaikpulih rumah panjang; penyediaan bekalan elektrik; pembinaan jeti dan jambatan; mengubahsuai klinik dan hospital; kerja penambatan banjir dan bantuan kebajikan serta sumbangan.

Ahli Parlimen Ipoh Timor berkata, bukan anggota BN Sarawak sahaja yang berkempen tetapi seluruh anggota Kabinet dan jentera kerajaan persekutuan berkempen hingga melanggar prinsip pilihan raya yang bebas dan adil.

“Perdana Menteri (Najib Tun Razak) terpaksa membatalkan mesyuarat Kabinet ketika PRN Sarawak, menarik kesemua menteri-menteri kerajaan pusat ke Sarawak dengan meninggalkan Putrajaya hingga kosong,” terang beliau.

Ujar beliau, “tindakan sebegini secara terang-terang berlaku salah guna kuasa hingga mencacatkan perjalanan PRN Sarawak, dan jauh sekali dari pilihan raya yang bersih dan adil.”

Menurutnya, dengan berbelanja lebih RM500 juta dalam PRN Sarawak, ini bermakna kerajaan pusat telah melanggar undang-undang pilihan raya yang menghadkan perbelanjaan untuk setiap seorang calon ahli dewan undangan negeri (Adun) kepada RM100,000 atau tidak sampai RM7.1 juta untuk 71 kerusi Dun.

“Memandangkan sikap yang boros ini adalah dijangka kerajaan BN akan membelanjakan sebanyak RM4 bilion hingga RM5 bilion pada pilihan raya umum ke 13 nanti,” jelas beliau.

Sumber: FREE MALAYSIA TODAY

RESPON TAIB MAHMUD BERHUBUNG DENGAN DAKWAAN RASUAH TERHADAP DIRINYA

Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud
Memetik sumber terkini (BERNAMA), Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud berkata yang beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Persekutuan Switzerland untuk membersihkan nama beliau dan kerajaan Sarawak berhubung dengan dakwaan rasuah balak oleh Bruno Manser Foundation (BMF).

Taib berkata perhatian beliau terarah kepada dakwaan BMF baru-baru ini kononnya Agensi Pencegahan Rasuah Switzerland berkemungkinan menyiasat beliau dan membekukan aset kepunyaannya di Switzerland.

"Biarlah saya nyatakan dengan tegas bahawa saya tidak mempunyai akuan rahsia di Bank Swiss mahupun aset atau pelaburan dalam apa jua bentuk di Switzerland. Tidak ada sama sekali," kata beliau ketika memberi penjelasan peribadi pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Petra Jaya di sini Rabu.

Taib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, memberi penjelasan itu berhubung siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan itu berikutan keputusan yang dikatakan dibuat oleh Agensi Anti Pencegahan Rasuah Switzerland untuk membekukan aset beliau baru-baru ini.

Beliau berkata dakwaan itu kemudiannya digunakan oleh ahli politik setempat untuk menjayakan agenda politik peribadi mereka terhadap beliau dan kerajaan negeri, yang sekali lagi memperoleh mandat besar daripada rakyat menerusi pilihan raya negeri pada April lepas.

Selaku ketua kerajaan negeri dan anggota badan penggubal undang-undang sejajar dengan amalan dan tradisi parlimen, Taib berkata beliau memikul tanggungjawab terhadap Dewan yang mulia untuk membuat kenyataan peribadi selaras dengan Seksyen 22 Perintah Tetap.

"Sememangnya saya telah menyatakan dalam kaedah yang terang dan jelas menerusi sepucuk surat yang saya utuskan kepada Presiden Persekutuan Switzerland Micheline Calmy-Rey untuk mendapat pengesahan sama ada beliau dikatakan telah mengarahkan siasatan terhadap saya berhubung dakwaan oleh BMF," katanya, sambil menambah BMF merupakan badan bukan kerajaan dari luar negara yang sama sekali tidak memikul tanggungjawab kepada rakyat Sarawak.

Taib turut meminta Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) untuk memberi kepada beliau salinan dakwaan itu bagi membolehkan beliau melaksanakan hak untuk mengambil tindakan perundangan yang sewajarnya.

Sambil mengikrarkan sepenuh kerjasama kepada Persekutuan Switzerland "untuk segera menyerlahkan kebenaran dan membenamkan segala yang palsu," beliau mengulangi bahawa dakwaan oleh BMF adalah palsu dan jelas bermotifkan politik.

"BMF mempunyai rekod dakwaan yang biadab dan bersifat skandal terhadap kerajaan Sarawak selama bertahun-tahun, termasuk dakwaan penebangan 90 peratus hutan hujan kita sungguhpun pakar hutan tempatan dan antarabangsa telah mengesahkan bahawa 70 peratus daripada hutan kita masih dipelihara dan diuruskan secara mampan.

Selasa, 21 Jun 2011

KERANA TIDAK BERDISIPLIN, PKR TELAH MEMECAT 29 ANGGOTA AHLINYA

Datuk Dr Tan Kee Kwong
Memetik sumber BERNAMA hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata setiausahan agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Johnson Chong dan 28 anggota PKR yang lain dipecat kerana pelbagai isu disiplin.

Beliau berkata kebanyakan mereka dipecat selepas melanggar disiplin parti seperti bertanding menentang calon lain PKR pada pilihan raya, memaparkan aduan berkaitan parti dalam Facebook, hadir pada pelancaran parti lain serta menyokong calon parti lawan.

"Keputusan memecat mereka disyorkan terlebih dahulu oleh jawatankuasa disiplin parti sebelum ia dibincangkan biro politik, dan selepas itu jawatankuasa pusat (CC). Kami hanya mengumumkannya selepas ia disokong oleh CC," katanya ketika dihubungi.

Mengulas pemecatan Johnson Chong, Dr Tan berkata bekas pengarah komunikasi PKR itu didapati bersalah membantu calon parti lawan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini.

"Kami telah menghantar surat menerusi mel berdaftar untuk memaklumkan keputusan memecat mereka," katanya.

Bagaimanapun, Dr Tan berkata mereka masih boleh merayu kepada presiden parti atau setiausaha agung, dan satu jawatankuasa akan dibentuk untuk meneliti rayuan itu.

Antara yang dipecat ialah Thony Badak kerana bertanding atas tiket parti lawan iaitu Parti Nasional Sarawak (SNAP), dan Michael Jok, yang bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Negeri Sarawak.

"Seorang lagi anggota parti, Joyce Lee dari Batu Kawan, Pulau Pinang pula dipecat kerana membuat kenyataan yang tidak menyenangkan berhubung parti dalam Facebook beliau," katanya.

Dr Tan juga berkata 10 anggota PKR turut digantung manakala 12 lagi diberikan amaran kerana pelbagai isu disiplin dalam parti.

"Mereka ini bukan sebahagian daripada 29 anggota PKR yang dipecat," katanya.

RASUAH: TAIB JAWAB ESOK?

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau akan membuat kenyataan rasmi esok mengenai dakwaan rasuah terhadapnya.

Bagaimanapun Taib tidak menyatakan bagaimana beliau respond terhadap dakwaan pembangkang dengan menggunakan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya.

"Pembangkang akan terkejut esok," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Petra Jaya di sini, Selasa.

Pada 9 Jun, Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed menyatakan bahawa suruhanjaya itu sedang menyiasat Taib atas dakwaan rasuah balak.

Beliau menjawab pertanyaan sama ada SPRM akan mengambil tindakan seperti Agensi Anti-Rasuah Switzerland, di mana aset Taib dibekukan atas dakwaan rasuah balak.

Menurut laporan berita asing, Presiden Persekutuan Switzerland Micheline Calmy-Rey berkata bahawa beliau menyedari dakwaan itu dan mengemukakan maklumat mengenai aset Taib di Switzerland kepada badan kawalan, Lembaga Pengawasan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) untuk tujuan siasatan

Sumber: BERNAMA

Jumaat, 17 Jun 2011

PERHIMPUNAN BERSIH 9 JULAI TETAP DITERUSKAN - KHAIRY

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin
Tanpa mempedulikan amaran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hisahmuddin Tun Hussein, Pergerakan Pemuda Umno bertekad mahu meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini - tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dekat sini.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu tidak akan berganjak dengan keputusan mengadakan perhimpunan itu. "Pemuda Umno tidak gentar dengan ancaman yang memberi amaran supaya bersedia menerima padah jika meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini.

"Kami akan teruskan. Ini keputusan sebulat suara Exco Pemuda semalam (Jumaat). Bukan keputusan unilateral saya.

“Kami mesti berarak bagi membuktikan bahawa suara rakyat bukan dimonopoli oleh pembangkang," kata dalam twitter di sini, Jumaat.

Beliau mengulas amaran Hishammuddin sebelum itu kepadanya supaya bersedia menghadapi tindakan jika berkeras mahu menyertai perhimpunan itu.

Dengan ini, terdapat tiga pihak yang bakal berhimpun pada hari berkenaan iaitu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Bersih dan Pemuda Umno.

Katanya, berkata polis melihat perarakan dan perhimpunan itu dari sudut keselamatan negara dan mereka yang menganjurkannya mesti berdepan dengan polis.

Dalam pada itu, Khairy menegaskan, beliau dan Pemuda Umno bersedia menghadapi apa sekalipun kemungkinan.

“Hisham boleh beri sebanyak mana amaran yang beliau mahu. Ini Malaysia baru. Kami mempunyai hak untuk berhimpun, dijamin oleh perlembagaan. Pemuda Umno tetap berarak pada 9 Julai ini. Itu sahaja,” akhirnya.

“Sesiapa sekali pun..., saya juga mesti berdepan dengan polis (apabila saya Ketua Pemuda). Saya jangkakan mereka (Pemuda Umno) berbuat perkara yang sama," tegasnya.

198 LAMAN WEB KERAJAAN TELAH DIGODAM OLEH MAJORITI DARI DALAM NEGARA - RAIS



KUALA LUMPUR: Sebanyak 198 laman web rasmi kerajaan telah digodam sehingga kini dengan 90 peratus penggodamnya dari dalam negara, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau percaya tindakan itu bermotifkan politik dan bertujuan cuba melakukan sabotaj ke atas kerajaan.

Tambahnya, serangan terhadap laman web kerajaan itu jelas membuktikan bahawa ia dilakukan semata-mata untuk menyusahkan rakyat dengan menyulitkan urusan harian rakyat dengan kerajaan, dan bukannya menyusahkan pihak kerajaan.

"Sebagai contoh, sekiranya laman web agensi kerajaan yang menguruskan urusan tanah digodam maka urusan tanah akan terbengkalai. Sama juga dalam urusan perbankan dan sebagainya, maka serangan siber yang aneh dan menyedihkan ini adalah bermotifkan politik," katanya pada sidang berita di sini, hari ini.

Rais berkata, kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang kepada pengodam yang tidak bertanggungjawab itu, dan menyarankan mereka yang terbabit supaya mempunyai sikap sayang kepada negara dan jangan melakukannnya kerana "marahkan nyamuk, kelambu dibakar".

Rais juga percaya serangan itu ada kaitan dengan penganjuran perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak pada 9 Julai ini, serta dilihat sebagai satu perbuatan yang tidak patriotik kepada negara.

Beliau memberi jaminan bahawa serangan siber itu hanya bersifat sementara sahaja, dan ia tidak akan mengakibatkan kelumpuhan keseluruhan sistem laman web yang digodam.Ketika ditanya sama ada serangan siber itu akan menjejaskan keselamatan negara, Rais berkata ia boleh berlaku jika dibiarkan.

Bagaimanapun, katanya, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta agensi-agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan telah bersiap sedia dan sedang menyelesaikan masalah tersebut kerana ia adalah masalah yang serius.

Menyentuh mengenai mesyuarat mingguan jemaah menteri, Jumaat, Rais berkata jemaah menteri telah membincangkan pelbagai isu berkaitan keselamatan siber dan kes-kes yang dianggap sebagai berprofil tinggi seperti menghina agama Islam, hasutan terhadap kaum dan mencerca dan memperkecilkan Raja-Raja Melayu.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan telah meminta Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), SKMM dan lain-lain agensi kerajaan untuk bergabung tenaga agar dapat mengumpulkan bukti menerusi pengumpulan data untuk melakukan pendakwaan kelak.

Sumber: mStar Online

Khamis, 16 Jun 2011

MENARIK: RAKYAT TERMISKIN DAN PALING MENDERITA DI MALAYSIA


Terlebih dahulu Peluru Emas ingin memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan teknik bahasa dalam penulisan blog Peluru Emas ini, dan kepada para pembaca yang sangat setia dengan penulisan blog Peluru Emas ini, Peluru Emas juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana anda terus bersama Peluru Emas dalam mengungkai satu per satu kisah-kisah permainan politik di negara Malaysia ini.

Bukannya Peluru Emas hendak memfitnah mana-mana parti, tetapi ini adalah kenyataan benar. Jika kita imbaskan kembali kisah-kisah ataupun sejarah yang telah berlaku dalam pilihanraya negeri Sarawak lepas, kita dapat lihat secara jelas akan taktik-taktik yang telah digunakan oleh calon-calon yang bertanding untuk memperolehi sokongan kuat daripada rakyat Sarawak untuk mencapai kemenangan mereka.

Apa yang pasti, seperti setiap kali pilihanraya memang ada-ada sahajalah janji-janji manis yang akan ditaburkan oleh calon-calon yang bertanding. Ada yang menjanjikan itulah... inilah... supaya rakyat akan percaya dan mengundi mereka. Tapi apa yang berlaku selepas pilihanraya? Adakah janji-janji yang mereka taburkan itu cuma manis dibibir sahaja? Jika benar mereka ingin mengotakan janji, mengapa sampai sekarang janji-janji yang telah ditaburkan sempena hari kempen pilihanraya negeri Sarawak lepas belum lagi terlaksana? Adakah janji-janji manis ini sudah menjadi satu tabiat atau kebiasaan di kalangan para calon yang bertanding dalam setiap kali pilihanraya? Selepas menang pilihanraya, batang hidung wakil rakyat pun tidak nampak. 

Jika diingat-ingatkan kembali, Peluru Emas sedikit tergeli hati bila membaca dan mendengar ayat yang mengatakan "rakyat Sarawak haruslah berfikir secara rasional dan matang dalam menentukan parti manakah yang paling tepat dalam memimpin negeri Sarawak, dan rakyat Sarawak juga dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang cuba memperkota-katikkan isu-isu semasa. Sedangkan negeri Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan yang dipimpin mereka sendiri miskin dan menderita apatah lagi ini ingin memegang kerajaan negeri Sarawak pula yang telah lama berjaya dan maju di bawah naungan pimpinan kerajaan Barisan Nasional. Rakyat Sarawak haruslah ingat, jangan sampai anda menerima nasib seperti rakyat di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan."

Benarkah negeri Sarawak yang sudah lama berjaya dan maju di bawah naungan di kerajaan Barisan Nasional?

Beginilah keadaan rumah panjang baru yang menempatkan suku kaum Orang Ulu di Belaga yang telah dipindahkan oleh kerajaan Barisan Nasional di penempatan baru Sungai Asap, Belaga.

Dan satu lagi pertanyaan Peluru Emas, mengapakah negeri-negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat seperti Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan sahaja yang dicontohkan dan disebut sebagai negeri yang rakyatnya miskin dan menderita? Mengapa tidak libat sekali negeri Sabah yang sudah lama dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional? Adakah kehidupan rakyat Sabah pada hari ini sudah berubah maju dan negerinya pula kini kian pesat membangun?

Laporan Bank Dunia mengesahkan negeri Sabah merupakan negeri yang termiskin di Malaysia yang di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional


Memang benar Pakatan Rakyat boleh dikatakan sebagai parti asing di negeri Sarawak ini. Tapi, apakah dengan kehadiran Pakatan Rakyat yang digelar parti asing ke negeri Sarawak ini akan menyebabkan rakyat Sarawak bertambah miskin dan menderita?

Sedangkan berpuluh-puluh tahun, kerajaan Barisan Nasional telah memerintah negeri Sarawak, adakah kehidupan rakyat Sarawak pada masa ini sudah berubah menjadi kaya-raya?

Nah! Para pembaca sendiri tahukan bagaimana dengan kehidupan rakyat Sarawak sekarang di mana semua tanah mereka sudah dirampas oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab semata-mata untuk kepentingan diri mereka sendiri. Mangsanya rakyat.

Untuk itu, Peluru Emas nak ajak para pembaca sekalian melihat rakaman video ini yang mengisahkan sebuah suku kaum Kenyah Badeng dari Long Gang, Belaga yang bermati-matian ingin mempertahankan hakmilik mereka seperti tanah-tanah pusaka dan kampung halaman mereka daripada dimusnahkan oleh Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud yang juga merupakan presiden Parti PBB/ Barisan Nasional Sarawak untuk tujuan pembinaan empangan Hidro Elektrik Bakun.


Sungguh kejamkan. Kita sebagai tuan punya tanah terpaksa diusir, dihalau serta disuruh keluar dari tanah hakmilik kita sendiri dan kemudiannya dipaksa pindah ke penempatan baru yang hanya menyediakan sebuah rumah dan tiga ekar tanah sahaja untuk setiap buah keluarga. Sementara, tanah beratusan hektar yang menjadi hakmilik rakyat Belaga dimusnahkan untuk kepentingan mereka sendiri. Wahai para pembaca sekalian, beginikah sikap para pemimpin yang kita inginkan?

Memetik kata-kata seorang daripada suku kaum Kenyah Badeng yang terdapat dalam rakaman video tadi, "biarpun kehidupan kami di sini kelihatan miskin, tetapi kami tetap kaya dengan tanah kerana bagi kami tanah adalah segalanya yang tidak mampu ditukarkan dengan wang. Wang senang dicari dan senang juga dihabisi, manakala tanah pula, susah dicari kerana tanah adalah segalanya. Jika tidak mempunyai tanah, di mana kita akan mencari makan dan untuk hidup?" 

Tambahan mereka pula, "jika kami dipindahkan ke penempatan baru nanti, belum tentu kami mampu memperolehi hasil seperti yang kami perolehi sekarang. Inikah yang dikatakan dengan kemajuan? Ini bukan kemajuan, tetapi ini adalah pembunuhan... pembunuhan di Batang Balui."

Siapakah individu dalang disebalik semua kekejaman ini? Tidak lain tidak bukan, Ketua Menteri Sarawak itu sendiri, Taib Mahmud. Taib Mahmud merupakan individu yang harus bertanggungjawab disebalik semua penderitaan rakyat Belaga sekarang. Beliau telah banyak menipu rakyat Belaga.

Perihatin terhadap rakyat Belaga, Peluru Emas mempunyai satu kukuh yang mengatakan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud merupakan seorang penipu besar dan terus berbohong kepada rakyat Belaga.
Bukti: Keratan Akhbar Sarawak Tribune yang bertarikh 02 November 1983 yang yang mendedahkan KM Sarawak, Taib Mahmud yang menjanjikan 20% hingga 30% saham syarikat balak yang beroperasi di Belaga akan diperuntukkan untuk Orang Ulu Belaga


Jika dikirakan dengan teliti semua rakyat Belaga harus bergelar jutawan sekarang ini. Yakni setelah 28 tahun janji itu diucapkan, adakah rakyat Belaga sudah menjadi jutawan? Nah! Bagi anda yang masih belum kenal siapa sebenarnya Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud, inilah perwatakan sebenarnya dia. Perampas, penipu, pembulak, perasuah dan pembohong besar.

Jadi, persoalan yang ingin Peluru Emas ketengahkan disini ialah rakyat di negeri mana yang sebenarnya miskin dan menderita? Parti manakah yang memimpin negeri tersebut? Pakatan Rakyat kah? Barisan Nasional...

Wahai anak-anak muda khususnya Orang Ulu Belaga termasuk juga anak-anak muda yang lain. Sedarlah dan bangkitlah demi menegakkan keadilan. Jangan biarkan kuasa jahat terus bermaharajalela dan berbohong kepada anda.

Selasa, 14 Jun 2011

PANAS: "HIMPUNAN BERSIH 2.0" PADA 9 JULAI 2011 SEMAKIN TERASA BAHANGNYA

Masih ramai lagi di antara anda yang masih tertanya-tanya apakah itu "Himpunan Bersih 2.0" yang akan diadakan pada hari Sabtu, 9 Julai 2011. Jadi, bagi mengungkai semua persoalan tersebut, Peluru Emas akan menerangkan secara lanjutnya kepada para pembaca sekalian


1. Apakah tujuan sebenarnya "Himpunan Bersih 2.0" yang akan diadakan pada 9 Julai 2011 ?

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menetapkan tarikh Perhimpunan Rakyat pada hari Sabtu, 9 Julai 2011. Ia merupakan perhimpunan dan perarakan kedua selepas Bersih berjaya menganjurkan himpunan besar-besaran pada 10 November 2007, bertujuan menuntut kerajaan mengadakan pilihan raya yang lebih bersih dan adil.

Namun pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, Bersih akan memaklumkan sekiranya berlaku pindaan berikutan desas-desus mengatakan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada bulan yang sama dengan tarikh perarakan tersebut.

“Perkara itu menjadi perhatian utama kami sekiranya benar-benar berlaku. Tetapi sehingga hari ini, kita masih lagi mengekalkan tarikh yang sama, iaitu 9 Julai,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur, hari ini.

Ditanya mengenai pengumuman Pas bahawa parti itu mengarahkan 100,000 ahlinya untuk turut sama dalam perhimpunan tersebut, Ambiga menyokong inisiatif parti itu melalui pimpinan mereka.

“Kita mengundang semua pihak termasuk NGO, masyarakat madani, ahli parti dan pemimpin politik untuk bergabung tenaga dalam himpunan ini.

“Tetapi yang lebih penting adalah penglibatan dan sokongan rakyat. Rakyatlah sebenarnya yang memimpin,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau membidas kecaman keras oleh pihak tertentu dan ugutan untuk menghalang acara tersebut.

“Kami harap pihak polis memberi kerjasama dan tidak mengganggu. Tidak mendengar suara rakyat adalah kesilapan besar pemerintah.

“Kami serius dengan pilihan raya. Masa telah tiba kepada pihak yang diamanahkan menguruskan negara untuk mengambil kira pendapat-pendapat rakyat.

Menurut Ambiga, di seluruh dunia ketika ini gegaran untuk mengukuhkan demokrasi sedang berlaku, juteru pihak berkuasa wajar menghormati suara tersebut.

“Apa yang penting kita jangan berhenti dan jangan mudah kalah. Apa yang kita mahukan adalah agenda perubahan,” tegas Ambiga.

2. Mengapa pula UMNO menyifatkan "Himpunan Bersih 2.0" ini kotor dan menyusahkan rakyat Malaysia ?





















Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menyifatkan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai depan sebagai satu himpunan kotor dan menyusahkan rakyat. Selain menjejaskan pendapatan penjaja dan peniaga kedai, Ahmad berkata perhimpunan itu juga akan merugikan kira-kira 13,000 pemandu teksi sekitar kota raya beroperasi seperti biasa. Malah katanya ia turut membawa imej kepada negara luar seolah-olah Malaysia tidak aman sekaligus menakutkan pelancong asing.

“Jangan kerana hanya satu titik hitam negara luar melihat Malaysia huru-hara.

“Kita tahu dibelakangnya (penganjur) adalah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng…..semuanya pembangkang,” katanya dalam sidang media dipejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan di Menara Datuk Onn di sini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut mempersoalkan penganjur himpunan itu yang mahu menghantar memorandum kepada Yang DiPertuan Agong di Istana Negara di sini.

Perhimpunan ‘Walk For Democracy’ yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil itu nanti mahu menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka menuntut satu pilihan raya yang adil, antaranya mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh berkempen 21 hari, dan mahu menghentikan amalan politik rasuah.

“Kalau sekadar nak hantar memorandum, lantik sahaja 10 orang wakil. Hantarlah memorandum setebal 1,000 muka surat kepada Agong tapi janganlah susahkan rakyat lain.

“Kalau nak jerit sekalipun, jeritlah tiga hari tiga malam sekalipun dalam stadium, kenapa nak susahkan segala-galanya termasuk orang ramai yang ada di Kuala Lumpur semata-mata mahu menghantar memorandum,” soalnya.

Beliau turut menolak tanggapan perhimpunan Bersih itu nanti menjadi satu signifikan kepada gelombang kebangkitan rakyat seperti yang berlaku dibeberapa buah negara Timur Tengah termasuk Tunisia dan Mesir.

Politik ‘Machiavelli’

“Dulu pembangkang kata Umno amalkan politik ‘Machiavelli’ (matlamat menghalalkan cara) tapi kini mereka pula yang amalkan cara sedemikian, menggunakan rakyat untuk kepentingan politik,” katanya yang yakin bilangan penyokong yang akan turun pada 9 Julai depan nanti tidak akan mencecah sehingga sejuta orang sama seperti Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya bulan lalu.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat seberapa banyak laporan kepada polis selain tuntutan saman terhadap penganjur Bersih 2.0.

Katanya, Persatuan Teksi Kuala Lumpur juga kini mahu menyaman penganjur tersebut kerana mengganggu pendapatan mereka, selain meminta agar menanggung kos kerugian RM150 kepada setiap 13,000 pemandu teksi yang terjejas.

“Dia bukan sahaja ancaman kepada Umno tetapi kepada negara. Buktinya tahap industri pelancongan kembali pulih seperti sedia kala enam bulan selepas anjuran Bersih 1,” katanya.

JANGAN DISEBABKAN NYAMUK SEEKOR, KELAMBU DIBAKAR - NAJIB





Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  yakin, dialog merupakan pendekatan paling sesuai dalam menangani isu sensitif berkaitan kaum dan agama dalam mewujudkan suasana harmoni antara kaum dan agama.

Tegas beliau, dialog ini bagaimanapun mesti berasaskan keikhlasan dan kematangan bagi mencapai persefahaman dan keharmonian.

“Saya melihat, dalam konteks hubungan antara agama, sekiranya dialog ini didukungi dan disantuni oleh golongan tokoh agama masing-masing, ia pasti akan melahirkan impak berganda kepada masyarakat” katanya malam tadi.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-54 bertemakan 1MALAYSIA 1UMMAH di Dewan Kompleks Islam Sarawak.

Hadir sama, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi bersama Jawatankuasa Induk Tilawah, Datuk IR. Daud Abdul Rahman.

Seramai 29 Qari dan Qariah dari seluruh negara menyertai tilawah kali ini dengan semua negeri menghantar qari dan qariah, kecuali Kelantan yang hanya menghantar qari.

Najib berkata, kerajaan sentiasa memantau dan memelihara sensitiviti rakyat terhadap isu-isu agama yang dicetuskan oleh pihak tertentu yang seolah-olah sengaja mencurahkan minyak ke dalam api.

“Percayalah bahawa keharmonian dan keamanan ini mesti dipertahankan dan dikekalkan dengan meraikan kepelbagaian dan kemajmukan yang sedia ada. Inilah keunikan Malaysia kita. Jangan disebabkan nyamuk seekor, kelambu dibakar dan janganlah disebabkan isu yang remeh, maka kita sanggup menggadai keamanan yang kita kecapi pada hari ini” tambah beliau.

Bersulamkan benang kedamaian, kerajaan telah memperkenalkan gagasan 1Malaysia bagi mempertahankan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat berpaksikan keutuhan perpaduan.

“Jika diteliti dengan menggunakan minda yang terbuka, gagasan 1Malaysia adalah manifestasi konsep 1Ummah yang dituntut oleh Islam; sebagaimana pembinaan kota Madinah oleh Rasulullah S.A.W yang mengutamakan kesatuan rakyat dengan menghormati kepelbagaian agama dan bangsa yang wujud ketika itu” kata Najib.

Beliau turut mengingatkan rakyat agar mengadaptasi kebijaksanaan Nabawi melalui gagasan 1Malaysia dalam mewujudkan satu sistem nilai, toleransi dan budaya hidup setiap rakyat tanpa mengira bangsa, bahasa dan agama

TAN SRI JAMES AJAK RAKYAT DAYAK SARAWAK BERSATU

Populasi Dayak di negeri Sarawalk terlalu kecil untuk kemunculan sebuah lagi parti berasaskan Dayak yang kukuh daripada sudut politik.

Presiden PRS Tan Sri James Masing berkata adalah lebih baik untuk Dayak bersatu di bawah satu parti yang menjamin keutuhan rakyat.

Bagaimanapun katanya, beliau tidak menghalang mereka daripada cuba menubuhkan sebuah lagi parti Dayak iaitu Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan jika diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan dikenali sebagai PBDS Baru.

“Malaysia mengamalkan kebebasan berpersatuan dan saya ucapkan selamat berjaya kepada mereka,” katanya ketika dihubungi bagi mengulas berhubung isu ahli-ahli PBDS yang setia mahu mewujudkan PBDS Baru.

Sementara itu Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) Abdul Karim Rahman Hamzah berkata penubuhan PBDS adalah satu daripada agenda pembangkang untuk memecah belah parti Bumiputera.

Katanya, pembangkang akan mencari apa jua cara untuk memecah belah kesatuan yang kukuh di kalangan Bumiputera di negeri ini.

Bagaimanapun, beliau percaya penubuhan PBDS Baru tidak mampu mempengaruhi rakyat Bumiputera dengan mudah berdasarkan kepada sokongan yang ditunjukkan pada pilihan raya lepas.

“Dua pilihan raya Sarawak yang lepas menunjukkan bahawa Bumiputera berdiri teguh di belakang BN.

“Oleh kerana mereka (pembangkang) gagal memasuki kawasan Bumiputera melalui parti pembangkang dari Semenanjung Malaysia maka kini mereka cuba menggunakan apa jua nama parti untuk tujuan itu.

“Bagaimanapun saya percaya Bumiputera di Sarawak tidak mudah dipengaruhi dan telah masak dengan politik kotor pembangkang yang cuba memecah belah keutuhan rakyat,’ katanya.

Semalam pengerusi Protem PBDS Baru Loius berkata pihaknya telah menunggu selama 15 bulan sejak ahli-ahli setia PBDS mengemukakan permohonan penubuhan PBDS Baru, bagaimanapun sehingga kini tiada maklum balas daripada ROS berhubung perkara itu.

“Saya tidak pasti apakah alasannya dan kenapa pendaftaran PBDS mengambil masa yang sangat lama. Kami tidak menerima sebarang berita atau maklum balas mengenai status permohonan.

“Ketika kami mengemukakan permohonan pada 26 Mac 2010, tiada masalah daripada ROS negeri.

“Permohonan kami kini masih menunggu keputusan diluluskan di peringkat pusat… kami amat mengharapkan maklum balas positif dan lampu hijau dengan itu kami boleh mengatur jentera kami untuk membawa PBDS Baru ke peringkat seterusnya.

Manakala bekas Setiausaha Agung Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Wilfred Gomez Malong percaya penubuhan PBDS Baru kekal relevan kepada perjuangan rakyat dan politik hari ini.

Beliau  berkata perpaduan Dayak di bawah satu  parti masih relevan kerana pembuat dasar (kerajaan sekarang) perlu membiasakan diri dengan sensitiviti dan keperluan komuniti itu khasnya.

“Hanya Dayak memahami masalahnya. Bagi memahami keperluan penduduk asal di sini, ia perlu melibatkan sepenuhnya pengalaman rakyat.

“Apabila kita melihat organisasi gabungan kerajaan memerintah sekarang (Barisan Nasional), badan-badan politik yang menganggap diri sebagai parti Dayak hanya dilihat sebahagian daripada cawangan badan pentadbir ini,” ujarnya.

PBDS ditubuhkan pada 1983 oleh Tan Sri Datuk Amar Dr Leo Moggie selepas mengundur diri dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

Kemuncak perjuangan PBDS ialah pada pilihan raya negeri 1987 apabila terlibat dalam krisis politik dikenali Skandal Ming Court.

Dalam pilihan raya itu PBDS menang 15 kerusi ditandingi manakala PERMAS yang juga pembangkang, menang satu kerusi.

Barisan Nasional pula menang tipis dengan kelebihan hanya lapan kerusi apabila ia menang 28 daripada 28 kerusi ditandingi dalam pilihan raya negeri itu.

PBDS kekal sebagai parti pembangkang sehingga diterima semula sebagai komponen BN Negeri pada 1994.

PBDS digugurkan pendaftarannya pada 5 Disember  2003 tetapi didaftar semula setahun selepas itu bagaimanapun digugurkan pendaftarannya semula pada 21 Oktober 2004 hingga kini.

Isnin, 13 Jun 2011

AMARAN: PBB TIDAK BOLEH TERLALU YAKIN MENANG DALAM PRU-13

KENANGAN: Fatimah (duduk tengah), Dennis (empat kiri, barisan tengah), Ripin (enam kiri, barisan tengah) bergambar bersama wanita PBB dan tetamu lain.
PBB tidak boleh mendabik dada dan terlalu yakin untuk menang besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Timbalan Ketua Wanita PBB Datin Fatimah Abdullah berkata, PBB sekarang berdepan cabaran  strategi dan jaringan parti pembangkang yang semakin luas dan kuat yang seharusnya dijadikan fokus utama perjuangan parti.

“Kita tidak boleh bekerja cara lama. Kita perlu sesuaikan diri kita dengan perubahan untuk berdepan dengan strategi pembangkang.

“Pembangkang begitu fokus dan bersungguh-sungguh untuk menang di setiap kawasan mereka.

“Oleh itu PBB tidak boleh dabik dada. Tidak ada jaminan kalau kita tidak bekerja keras kerana networking pembangkang sekarang begitu bagus,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Perjumpaan Muhibah dan Sesi Dialog Bersama Wanita PBB Miri di sini petang semalam. Peranan wanita PBB dengan memperkuatkan strategi dan sokongan ahli juga penting untuk memastikan kemenangan parti itu dalam PRU. Semangat penyatuan dalam PBB harus kukuh agar ahli terus yakin terhadap perjuangan parti dan menyokong parti dalam pilihan raya.

“Terdapat kumpulan-kumpulan yang berkecil hati dalam PBB. Mereka ini secara tiba-tiba tidak memberi sokongan kepada kita.

“Oleh itu kita harus pastikan ahli kita bersatu dan tidak hilang fokus. Kita harus pastikan penyokong kita menyokong kita,” jelasnya.

Pembangkang katanya sekarang giat merekrut ahli-ahli baru untuk memperkuatkan sokongan mereka khasnya dalam berdepan PRU dan usaha serupa juga harus dilakukan oleh PBB. PBB tidak dapat bergantung sepenuhnya kepada ahli-ahli lama dan wanita PBB harus memainkan peranan mereka menambah keahlian PBB di setiap kerusi.

“Kita tidak boleh perlekehkan hal ini (merekrut ahli dan pengundi baru). Kita perlu fikir cara untuk mendapat sokongan rakyat iaitu peraih undi yang berkesan,” jelasnya.

Selain itu, maklumat-maklumat yang memberi kebaikan khasnya tentang keperluan rakyat juga penting untuk parti dan wakil rakyat. Maklumat berkenaan membolehkan wakil rakyat menyalurkan bantuan kepada rakyat dengan saluran yang betul. Sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) boleh ditingkatkan menerusi aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di bawah Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK).

Pengerusi-pengerusi yang dilantik boleh merekrut pengundi baru khasnya di kalangan wanita daripada aktiviti yang dianjurkan oleh mereka di bawah pengendalian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Kita perlu perluaskan peranan kita (mendaftarkan pemilih baru) ke kawasan-kawasan luar bandar. Ini merupakan usaha kita agar rakyat tahu tentang peranan kerajaan,” jelasnya.

Fatimah yang juga Ketua Biro Pendidikan PBB  berterima kasih atas kerja keras wanita PBB dalam pilihan raya negeri pada bulan April lalu yang membolehkan semua calon PBB menang di kerusi yang diwakili mereka.

“Wanita kita telah bekerja keras sebelum, semasa dan selepas pilihan raya. Kita mahu momentum ini diteruskan,” tegasnya.

Miri merupakan destinasi keempat program berkenaan dalam siri jelajah Biro Pendidikan yang telah diadakan di Lawas, Limbang dan Bintulu. Sesi dialog bertujuan meningkatkan pengetahuan wanita tentang ekonomi, kebajikan dan pendidikan. Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau dan ADUN Lambir Ripin Lamat.

Ahad, 12 Jun 2011

MENARIK: KISAH MEMPELAI MUDA DI BELAGA YANG HIDUP TANPA RUMAH DAN TANAH



Peluru Emas cukup tertarik dengan kisah kehidupan "Mempelai Muda" di daerah Belaga pada masa kini yang hidup tanpa sebuah rumah mahupun sebidang tanah.

Mengikut cerita orang Belaga, pada tahun 1998 seramai 1639 buah keluarga Orang Ulu di Belaga yang majoritinya terdiri daripada bangsa Kenyah dan Kayan telah dikerahkan untuk berpindah ke Skim Penempatan Baru Sungai Asap atas sebab memberi laluan kepada pembinaan Empangan Hidro Bakun. Menariknya, setelah 13 tahun keluarga Orang Ulu ini menghuni di penempatan baru Sungai Asap, keluarga asas ini telahpun berkembang hampir tiga kali ganda dan hasil bancian secara tidak rasminya pula, seramai 3278 pasangan muda telah disahkan baru mendirikan rumahtangga. Tapi sayang sekali, setelah "Mempelai Muda" ini diijabkabulkan, pasangan ini dilihat masih lagi tinggal sebumbung dan seatap dengan ibubapa mereka tanpa memiliki sebuah rumah mahupun sebidang tanah. 

Persoalannya, apakah pendekatan yang sewajarnya diambil oleh wakil rakyat di daerah Belaga untuk menangani masalah ini daripada terus berlanjutan? Takkanlah nak biarkan masalah ini berlanjutan begitu sahaja, sedangkan beratusan bilik rumah panjang lama serta berhektar-hektar tanah pusaka mereka telah dimusnahkan oleh Taib Mahmud atas tujuan pembinaan Empangan Hidro Bakun yang kononnya dikatakan untuk kepentingan bersama. Namun setelah empangan itu siap sepenuhnya, lain pula ceritanya, di mana sumber tenaga elektrik tersebut hanya akan dibekalkan kepada daerah mahupun negeri luar sahaja. Sementara penduduk asal daerah Belaga pula masih lagi menggunakan enjin api atau "generator" sebagai sumber tenaga elektrik, dan yang paling menghayatkan hati lagi sebilangan penduduk di daerah Belaga masih lagi terpaksa menggunakan lampu minyak tanah sebagai cahaya malam mereka.

Sementara itu, Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud yang baru-baru ini disiasat atas dakwaan rasuah balak pula memberi jaminan yang beliau tidak akan memberi lot pertanian baru kepada penduduk Sungai Asap. Justeru, apa yang ingin diperjelaskan di sini ialah tanggungjawab pasangan-pasangan muda ini mahupun anak-anak muda Belaga itu sendiri pada pilihan raya umum pada masa akan datang. Masihkah anda menginginkan Taib Mahmud terus memijak-mijak hak anda ataupun terus berjanji Belanda dengan anda? Jika anda tidak menginginkan perkara ini terus berlanjutan, fikir-fikirkanlah wahai anak-anak muda. Bukannya Peluru Emas hendak memihak mana-mana pihak ataupun parti-parti, tetapi anda haruslah sedar dan berfikir secara waras yang mana betul dan yang salah, dan janganlah biarkan diri anda ini terus dihamba-abdikan sementara hak anda sebenarnya dinikmati sewenang-wenangnya oleh spesis-spesis manusia yang tidak mengenali erti belas kasihan dan tidak berperikemanusiaan. Bak kata orang "tepuk dada, tanya selera."

Berbalik pula dengan cerita lama di penempatan lama di Hulu Balui di mana penduduk-penduduk Orang Ulu Belaga ini pernah menghadapi masalah tanah dan kawasan untuk membina rumah-rumah baru. Biarpun pada ketika itu penduduk-penduduk Orang Ulu Belaga ini dikatakan miskin, namun apakah nasib setelah 13 tahun penduduk-penduduk Belaga ini berhijrah ke penempatan baru Sungai Asap yang dikatakan mampu mengubah semua corak hidup mereka telah kaya dan jauh berubah? Sebaliknya kehidupan penduduk-penduduk Belaga yang berhijrah ke penempatan baru Sungai Asap ini dilihat semakin daif daripada penempatan lama. Ramai antara mereka kehilangan semuanya. Bayangkan wahai para pembaca sekalian, cukupkah bekalan tiga ekar yang diberikan kepada setiap penduduk-penduduk Orang Ulu Belaga yang berhijrah ke penempatan baru Sungai Asap untuk membina kehidupan baru? Nah! Tidakkan. 

MEMANG. Memang Empangan Hidro Bakun telah mendapat nama dipersada dunia hasil daripada kejayaan projek tersebut. Namun, apa yang Peluru Emas nak soalkan disini ialah berkenaan dengan keuntungan? Keuntungan yang diperolehi daripada empangan Hidro Bakun tersebut? Adakah sebahagian daripada hasil pendapatan daripada empangan Hidro Bakun itu akan diberikan kepada penduduk-penduduk Orang Ulu di daerah Belaga? Jawapannya, TIDAK ADA. Mana perginya semua hasil pendapatan itu nanti kalau bukan Kerajaan Persekutuan/ Kerajaan Pusat yang makan, sedangkan yang bermati-matian berkorban untuk pembinaan Empangan Hidro Bakun tersebut ialah 15 buah kampung Orang Ulu di daerah Belaga yang terpaksa mengorban semua hartanah mereka demi mencapai impian spesis-spesis manusia yang tidak mengenali erti apa itu "Kehidupan". Apa yang penting bagi mereka adalah "Kekayaan Dunia".

Khamis, 9 Jun 2011

KETUA MENTERI SARAWAK TERLIBAT DALAM RASUAH BALAK





"Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua", itulah istilah yang paling sesuai dan paling tepat buat Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang sekarang ini temberangnya semakin pecah atas dakwaan terlibat dalam rasuah balak.

Menurut sumber BERNAMA, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  sekarang ini sedang menjalankan siasat terperinci terhadap Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud berhubung dengan dakwaan rasuah balak.

Ketua Pesuruhjaya, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata SPRM kini dalam proses mengumpul maklumat berhubung perkara berkenaan.

"Saya akan mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang ini (isu berkenaan). Seperti saya katakan dulu, kami sedang menyiasat Taib Mahmud dan apa jua tindakan kita, kita tidak dapat mendedahkan buat masa ini," katanya kepada wartawan pada majlis menandatangani dan menyerahkan ikrar integriti korporat kepada SPRM di sini, Khamis.

Abu Kassim menjawab pertanyaan sama ada SPRM akan mengambil tindakan sebagaimana dilakukan Agensi Pencegahan Rasuah Switzerland, yang baru-baru ini membekukan aset Taib Mahmud atas dakwaan rasuah balak.

Menurut sumber berita asing, Ketua Jabatan Hal Ehwal Luar Switzerland Micheline Calmy-Rey dilaporkan menyedari tentang dakwaan itu dan telah mengemukakan maklumat mengenai aset Taib di Switzerland kepada badan kawal selia, FINMA (Lembaga Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland) untuk siasatan lanjut.

Mengenai pemantauan projek-projek mega, Abu Kassim berkata SPRM akan terus memantau projek-projek berkenaan dari masa ke masa.

"Tanggung jawab kami adalah untuk memantau sebarang projek dari masa ke masa. Saya tidak boleh nyatakan projek mana tetapi tugas kami memantau dan mencegah rasuah dalam kerajaan," katanya ketika ditanya sama ada SPRM telah mengenal pasti projek lain. Setakat ini, SPRM dijangka memantau tiga projek mega iaitu Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat yang bernilai RM5 bilion; sistem transit laju massa (MRT) bernilai RM36 bilion; dan projek Bukit Bintang City Centre (BBCC) bernilai RM6.7 bilion. 

Isnin, 6 Jun 2011

ANWAR GAGAL KALI KE-3 SINGKIR HAKIM



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam gagal dalam percubaan ketiganya bagi mendapatkan perintah supaya Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes liwat yang sedang dihadapinya.

Mohamad Zabidin membuat keputusan itu selepas memutuskan permohonan Anwar yang turut mahukan supaya perbicaraan berkenaan didengar semula oleh hakim mahkamah tinggi lain, tidak mempunyai merit.

Bagaimanapun Mohamad Zabidin membenarkan permohonan pemimpin pembangkang itu untuk menangguhkan perbicaraan kes sementara pihak pembelaan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. Beliau kemudian menetapkan sebutan kes pada 13 Julai ini. 

Anwar sudah tiga kali membuat permohonan kali pertama, selepas mahkamah tidak mengeluarkan perintah menghina mahkamah terhadap akhbar Utusan Malaysia yang didakwa Anwar bersikap prejudis.

TAHNIAH! TAN SRI JAMES JEMUT MASING

Anugerah Panglima Setia Mahkota (PSM). Mawan (kiri), Masing (kanan)

Dalam kesempatan ini, blogger Peluru Emas ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Tan Sri James Jemut Masing yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) atas anugerah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran 'TAN SRI' daripada Yang di-Pertua Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena Hari Keputeraan Baginda pada hari Sabtu lepas.

Dalam sidang media di Kuching kelmarin, Tan Sri James menyifatkan anugerah yang diterima beliau adalah hasil sokongan padu masyarakat Dayak terhadap Kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya menerima PSM (yang membawa gelaran Tan Sri) bagi pihak masyarakat Dayak. Ia adalah hasil sokongan padu mereka yang memberi para pemimpin BN keputusan untuk menganugerahkan penghormatan ini,” katanya.

Masing yang merupakan Menteri Kemajuan Tanah merupakan antara 37 penerima PSM yang membawa gelaran Tan Sri daripada Yang di-Pertua Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena hari keputeraan baginda di Kuala Lumpur pada Sabtu.

PRS yang dipimpin Masing ketika ini merupakan parti kedua terbesar dalam BN Negeri dengan lapan kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya negeri baru-baru ini. Mewakili kerusi-kerusi berasaskan Dayak di luar bandar, parti berkenaan turut mempunyai enam Ahli Parlimen, dengan dua daripadanya adalah timbalan menteri dalam pentadbiran persekutuan. Seorang lagi ahli politik Dayak yang turut menerima anugerah PSM adalah Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Tan Sri William Mawan Ikom yang juga presiden SPDP. Masing berkata beliau gembira kerana Mawan turut dianugerahkan gelaran yang sama.

“Saya yakin William Mawan berkongsi sentimen dengan saya,” katanya.

Ditanya tentang Naib Presiden John Sikie Tayai yang turut diberi anugerah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk, Masing berkata ia adalah anugerah yang tepat kepada ADUN Kakus itu yang juga menteri muda dengan dua porfolio.

“Anugerah PJN yang diberikan kepada John Sikie adalah satu pengiktirafan terhadap perkhidmatannya kepada pengundi Kakus dan masyarakat Dayak di Sarawak amnya,” kata Masing.

Ahad, 5 Jun 2011

JANGAN HANYA PENTINGKAN KELOMPOK SENDIRI


Majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan penganugerahan darjah dan pingat kebesaran sempena hari keputeraan baginda di Istana Negara.

Kerajaan tidak berkompromi terhadap semua pihak yang mainkan isu kaum dan agama 

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan berkompromi dengan kelompok-kelompok tertentu yang bertindak semata-mata atas perhitungan untuk kepentingan kumpulan mereka sahaja tanpa sedar kesannya ke atas kesejahteraan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kerajaan ingin mengingatkan kepada semua pihak yang tanpa rasa bertanggungjawab memainkan isu perkauman dan keagamaan sama ada secara terang atau halus, bahawa mereka sebenarnya bermain dengan permainan yang amat berbahaya.

“Mereka sedang memperjudikan untung nasib masa depan anak cucu kita, danakhirnya nanti, yang kalah jadi abu dan yang menang jadi arang,” katanya dalam ucapannya pada majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan penganugerahan darjah dan pingat kebesaran sempena hari keputeraan baginda di Istana Negara di sini, semalam.

Perdana Menteri berkata jika itu yang didambakan, “maka Malaysia yang akan diwariskan kepada generasi mendatang adalah Malaysia yang gagal dan berpecah belah.”

“Tidakkah seharusnya kita belajar daripada apa yang berlaku di tempat-tempat lain seperti di kawasan Balkan, benua Eropah dan janganlah pula tidak beriktibar dengan satu tragedi hitam yang telah mencemari lipatan sejarah negara tercinta ini,” katanya.

Perdana Menteri turut mengingatkan supaya jangan ada yang cuba menangguk di air keruh. Katanya setelah kerajaan bersusah payah membina dan memelihara hubungan ampuh selama puluhan tahun, pastinya kerajaan tidak akan berkompromi sebaliknya menolak sebarang usaha kelompok tertentu yang bertindak untuk kepentingan kumpulan mereka sahaja sehingga tidak sedar akan natijah buruknya kepada kumpulan yang ramai yakni rakyat Malaysia dan kesejahteraan negara.

“Suka atau tidak suka, sebelum yang tersambung bergenting putus, sebelum yang terkemas pecah berserak, kerajaan pasti terus berwaspada dan tanpa berlengah mengambil langkah-langkah pembetulan yang wajar. “Apa yang pasti, usaha murni sedemikian menuntut keberanian moral dan politik daripada semua pihak atas nama Malaysia,” kata Najib.

Beliau berkata malah kerajaan dalam membuat sebarang dasar, sentiasa memperkirakan faktor perbezaan yang wujud sebagai satu perhitungan penting.

“Sebetulnya, dengan sekadar menutup sebelah mata sambil mengharapkan perpaduan terus mekar subur tanpa peranan proaktif oleh pihak kerajaan beserta pemimpin masyarakat daripada semua kaum, akan hanya menjanjikan sebuah tragedi,” tegasnya.

Najib berkata satu usaha utama kerajaan adalah untuk terus memacu kemajuan, mengelakkan berlakunya pertembungan budaya, meningkatkan persefahaman, selanjutnya meraikan perbezaan yang wujud di kalangan rakyat dengan berkongsi apa yang dimiliki.

“Hakikatnya, perpaduan nasional adalah prasyarat yang tiada galang ganti sementelahan survival nasional berpasak kepada perpaduan,” katanya,

Beliau juga berkata perkongsian hidup pelbagai kaum di negara ini  tidak terbentuk secara semula jadi, malah dibentuk oleh rencamnya persekitaran, peristiwa dan episod-episod sejarah, dan kemajmukan Malaysia adalah satu realiti.

“Soalnya hanyalah, sama ada kita memilih untuk menjadikannya satu pemangkin ke arah kemakmuran  dan masa depan yang lebih baik untuk diri dan anak cucu kita, atau, satu sumber polarisasi yang tidak berkesudahan, semuanya bergantung kepada keputusan yang kita perbuat dan sikap yang  kita ambil,” katanya. — Bernama