Subscribe:

Sabtu, 30 Julai 2011

BN PERLU AGRESIF UNTUK BERDEPAN DENGAN PEMBANGKANG

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek
KUALA TERENGGANU: Barisan Nasional (BN) tidak boleh lagi mengambil sikap defensif bila berhadapan dengan pembangkang memandangkan pihak lawan kini lebih agresif terutama dalam menunjuk jasa mereka kepada rakyat, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. 

Beliau berkata pembangkang gemar menggunakan Selangor dan Pulau Pinang sebagai contoh mereka berjaya lebih-lebih lagi dalam hal kebajikan namun mereka lupa pada Kelantan dan Kedah yang jika dilihat dari segi prestasi di dua negeri itu, keadaan memang tidak memuaskan.

“Seharusnya, kalau nak rakyat buat perbandingan, bandingkan dulu Kelantan dengan Terengganu. Bandingkan usaha untuk kurangkan kadar kemiskinan, penyediaan peluang pekerjaan baru, usaha untuk tarik pelabur, usaha selesai masalah sosial di dua negeri itu.

“Yang kita tahu Kelantan sendiri banyak isu sosial, dadah, (penghidap) HIV pun ramai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen MCA Negeri Terengganu 2011 di sini hari ini.

Katanya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berbangga dengan pembiayaan RM100 setahun kepada warga emas di negeri itu, sedangkan kerajaan persekutuan memperuntukkan RM300 sebulan kepada golongan miskin yang menelan kos RM440 juta setahun.

Dr Chua berkata sejak mengambil alih pentadbiran Pulau Pinang dan Selangor, pembangkang langsung tidak melaksanakan projek perumahan kos rendah untuk membantu golongan miskin.

“Dari segi promosi, mereka memang handal, tapi dari segi buat kerja, masih banyak yang perlu mereka tambahbaikkan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata pimpinan MCA perlu menjelaskan kepada akar umbi, apa yang dilakukan oleh kerajaan BN untuk menjaga kebajikan rakyat dan bukan hanya dilaksanakan pada musim pilihan raya sahaja.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata parti itu juga sudah sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 dengan menggerakkan jentera parti di seluruh negara.

“Setakat ini ia berjalan dengan baik, tapi ada yang masih perlu ditambah baik lagi. Kita yakin sokongan masyarakat Cina pada MCA tapi ia berbeza di setengah-setengah kawasan kerana pengundi Cina strategik, mereka juga menilai calon bukan parti semata-mata,” katanya.

Katanya dari segi pembahagian kerusi pada pilihan raya nanti, MCA Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukannya.

Pada masa yang sama, Dr Chua berkata Pengerusi MCA Terengganu yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bandar, Datuk Toh Chin Yaw akan terus dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum kali ini memandangkan beliau diterima baik masyarakat setempat selain mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri.

Khamis, 28 Julai 2011

VIDEO DEBAT ANTARA AMBIGA DAN WAN AHMAD

















Rabu, 27 Julai 2011

CUBAAN BUNUH ANWAR, NAIB PRESIDEN PKR DISOAL SIASAT


Naib Presiden PKR, N. Surendran

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran hari ini telah disoal siasat oleh pihak polis berhubung dengan kenyataan yang dibuat beliau dengan mengaitkan tindakan pihak polis yang cuba membunuh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Surendran, yang pada asalnya hadir ke Balai Polis Travers sebagai peguam mewakili pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Afiq Al-Bakry untuk merakam kenyataan, secara tiba-tiba diarah pegawai polis berada dibilik berasingan untuk disoal.

Beliau disoal siasat kira-kira 45 minit dibawah Akta 505(b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Surendran sebelum ini memberi kenyataan bahawa kecederaan dialami Fayyadh akibat terkena tembakan kanister gas pemedih mata semasa perhimpunan Bersih 9 Julai lalu itu adalah satu cubaan polis membahayakan nyawa Anwar selepas insiden ‘mata lebam’.

Sehubungan itu, beliau mendesak agar siasatan kes tersebut diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh.

Kenyataan itu dibuatnya kepada media diluar perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi 20 Julai lalu selepas Fayyadh membuat laporan polis berhubung tindakan polis terhadap peserta Bersih 2.0 diterowong KL Sentral sehingga membuatkannya tercedera.

Surendran bagaimanapun menganggap tindakan polis menyoalnya itu sebagai tidak relevan.

Malah bertegas akan tetap dengan kenyataan asalnya bahawa polis bertindak ganas terhadap peserta Bersih 2.0 sehingga wujudnya situasi ‘cubaan bunuh Anwar’.

“Tidak ada sebarang notis atau dimaklumkan daripada polis yang mengarahkan saya hadir beri keterangan pun sebelum ini…mereka cuba ambil kesempatan.

“Saya kecewa kenapa mereka tak siasat salah laku polis yang menembak gas pemedih mata sehingga boleh membahayakan orang awam, tetapi menyiasat orang yang melaporkan salah laku mereka pula,” katanya.

Tidak relevan

“Pegawai penyiasat juga bertanya beberapa soalan yang tidak relevan, antaranya siapakah Khalid Samad dan apa maksud kanister….sila terangkan.

“Begitu juga dengan soalan ‘adakah saya seorang pakar gas pemedih mata’.

“Bagi saya tak perlu nak jadi seorang pakar gas pemedih mata untuk buat laporan tentang keganasan polis,” katanya yang diwakili Pengarah Biro Guaman PKR Latheefa Koya semasa keterangannya diambil.

Beliau bagaimanapun berkata siasatan polis ini tidak akan menghalang pihaknya daripada terus mendesak agar siasatan yang telus dilakukan terhadap keganasan ke atas Fayyadh dan peserta Bersih 2.0 yang lain.

Sementara itu, Fayyadh hari ini turut diambil keterangannya kira-kira dua jam oleh pegawai penyiasat ASP Arikrishnan berhubung laporan polisnya sebelum ini.

Fayyadh, 25, dalam laporan polisnya sebelum ini mendakwa cedera ditembak kanister gas pemedih mata sehingga pecah tulang pipi kiri ketika cuba melindungi Anwar daripada sebarang ancaman.

Peguam mewakilinya, Fadiah Nadwa Fikri berkata kesemua 30 soalan dapat dijawab dengan baik dan konsisten dengan laporan polis yang dibuatnya.

Ia termasuk siasatan laporan perubatan Fayyadh daripada Pusat Perubatan Pantai.

“Pegawai polis sebelum ini dah soal siasat doktor hospital yang merawat Fayyadh dan mereka akui terkejut mendengar penerangan daripada doktor tentang betapa seriusnya kecederaan yang dialami Fayyadh,” katanya.


Selasa, 26 Julai 2011

PAS DAKWA MILIKI BUKTI 500 SENARAI PENGUNDI BERTINDIH


KUALA LUMPUR: PAS  hari ini mendakwa memiliki bukti sebanyak 500 senarai nama pengundi berdaftar yang bertindih, kesan daripada kegagalan sistem pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Naib Presiden PAS Datuk Hussam Musa berkata, PAS Selangor berjaya mengesan kecacatan senarai itu yang lengkap dengan nama dan alamat.

“Kita juga sudah pergi berjumpa dengan individu yang dikesan terbabit dan mereka turut mengakui nama mereka tersenarai lebih satu kawasan.

“Kita telah berjumpa dengan SPR bagi mendapatkan penjelasan dan mereka mengakui kewujudan apa yang ditemui PAS Selangor ini,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas pemimpin tertinggi parti di pejabat agung PAS  di sini hari ini.

Hussam berkata, pihaknya berikrar akan terus membongkar senarai nama pengundi berdaftar yang bertindih dari semasa ke semasa.

“Ini hanya satu permulaan, kita akan dedahkan senarai nama ini pada mesyuarat pimpinan tertinggi PAS pada 7 Ogos depan,” katanya.

Beliau berkata disebabkan kelemahan sebegini, pihaknya tetap bertegas menolak cadangan sistem biometrik yang hanya menampakkan lagi kelemahan SPR menangani masalah ini dan menghalalkan penyelewengan yang berlaku sekarang termasuk isu pengundi hantu.

Sistem biometrik


Selain menelan belanja kos yang mahal, Hussam berkata sistem biometrik juga dilihatnya sebagai satu cubaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa sebagai pemerintah dalam pilihanraya akan datang.

“Umno-BN semakin terdesak. Talian hayat mereka kini bergantung kepada pengundian berulang kali melalui penggunaan sistem biometrik,” katanya.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menekankan penggunaan dakwat kekal merupakan kaedah terbaik menangani situasi ini, seperti yang dituntut Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

“Kita hairan kenapa Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak)  bertegas mahu guna sistem biometrik dengan kos yang terlalu tinggi berbanding dakwat kekal,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali berkata kawasan Parlimen Titiwangsa yang kehilangan wakil rakyatnya, Almarhum Dr Lo’ Lo’ Ghazali pada 17 Julai lalu akibat komplikasi kanser paru-paru akan dijadikan kawasan angkat oleh PAS Pusat.

Katanya, Jawatankuasa PAS  Pusat bersetuju memilih ketiga-tiga Naib Presiden iaitu Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, dan Hussam bertanggungjawab menjaga kawasan terbabit.

Manakala bagi isu pembangunan Kampung Baru, pihaknya memberi tanggungjawab itu kepada Timbalan Presiden Pas Mohammad Sabu sebagai penyelaras.

Sumber: K. Jamilah @ Free Malaysia Today



Jumaat, 22 Julai 2011

KEKESALAN PENDUDUK SG ASAP KOYAN TERHADAP PEMBINAAN EMPANGAN BAKUN





Khamis, 21 Julai 2011

ISU PERPECAHAN KAUM MELAYU ADALAH DAKYAH PEMBOHONGAN UMNO

Presiden Jemaah Islah Malaysia, Zaid Kamaruddin

PETALING JAYA: Sebuah badan Islam bukan kerajaan (NGO) mendakwa orang Melayu tidak berpecah tetapi telah digembar-gemburkan sedemikian rupa secara berlebihan oleh parti politik Umno. 

Jemaah Islah Malaysia (JIM) juga mendakwa kepentingan orang Melayu tetap terpelihara kerana dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan selain peranan Majlis Raja-raja Melayu.

NGO Islam itu hairan mengapa Umno terlalu membesar-besarkan dakyah pembohongan kononnya berlaku perpecahan di kalangan orang Melayu.

“Orang bukan Umno tidak pula merasa orang Melayu dan Islam tergugat, NGO Islam tidak pula rasa seperti itu,” kata Presiden JIM, Zaid Kamaruddin dalam satu temubual dengan FMT semalam.

Beliau menegaskan, gejolak politik negara termasuk selepas pilihan raya umum 2008 tidak menyebabkan orang Melayu di negara ini berpecah atau mereka merasa tergugat.

Zaid juga tidak menganggap orang Melayu berpecah kerana politik walaupun dua parti politik terbesar orang Melayu berada dalam kelompok yang bertentangan.

Umno bergabung dengan Barisan Nasional (BN) yang sedang memerintah manakala PAS menyertai pakatan pembangkang, Pakatan Rakyat.

“Orang Islam berpecah bukan kerana politik. Saya tidak nampak orang Islam di Malaysia berpecah, kerana apabila ada isu yang menggugat agama Islam mereka akan bangkit bersama mempertahankannya.

“Orang Islam selalunya sangat sensitif dalam isu agama dan isu halal haram. Tidak kira orang Umno atau orang PAS, mereka akan bersatu, demi agama mereka lupakan politik,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kebimbangan pelbagai pihak termasuk pemimpin parti politik terhadap perpaduan orang Islam.

Umno Takut Hilang Kuasa

Para pemimpin Umno berulangkali mendakwa orang Melayu berpecah dan merayu perpaduan dengan PAS untuk kepentingan orang Melayu.

Zaid bagaimanapun, menolak dakwaan tersebut sambil mendakwa Umno mempunyai kepentingan sendiri dalam isu perpaduan orang Melayu.

“Saya hairan mengapa Umno risau dengan perpaduan orang Melayu sedangkan PAS tidak pula bersikap demikian.

“Orang Umno lebih rasa tergugat, takut hilang kuasa dan akan membaca bencana yang besar, kekalahan moral dan segala rahsia dalaman akan terbongkar.

“Mengapa nampak orang Melayu dalam PAS dan Umno berpecah tetapi kita tidak kata DAP-MCA berpecah?,” soalnya.

Zaid menambah, walaupun BN tidak mendapat majoriti dua pertiga tetapi orang Islam masih dilindungi oleh Perlembagaan dan Majlis Raja-raja yang mempunyai kuasa dan kekebalan tertentu.

Bagaimanapun, presiden JIM itu mengakui ada sesetengah NGO Islam yang merasa bimbang dengan situasi yang berlaku ke atas orang Melayu hari ini.

Katanya, PAS, Umno dan PKR sepatutnya mempunyai hubungan yang baru antara satu sama lain untuk kepentingan orang Melayu.

Sumber: Muda Mohd Noor @ Free Malaysia Today 


Rabu, 20 Julai 2011

RAKYAT MAHUKAN SISTEM PILIHANRAYA LEBIH TELUS DAN ADIL DALAM PRU13 AKAN DATANG

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad
 
"Jika benar beliau anak jantan, sila biarkan pilihan raya berjalan dengan adil."

Demikian kata-kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad yang juga merupakan bekas Ketua Penerangan PAS yang menuntut supaya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menggunakan dakwat kekal, bukan biometrik di dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Tambah beliau juga, berdemo bukan budaya dan adat rakyat Malaysia. Akan tetapi, beliau (Datuk Seri Najib) haruslah berfikir secara rasional dan adil mengapa rakyat berani untuk berdemo biarpun mereka ditakuti dan diancam dengan berbagai ugutan. Jadi, jika beliau tidak mengingini peristiwa 9 Julai 2011 berulang kembali, maka sila laksanakan pilihanraya dengan adil dan saksama. Jika benar beliau menginginkan slogan "1 Malaysia" diterima-pakai oleh seluruh pelusuk rakyat Malaysia, maka terimalah cadangan dan tuntutan Bersih. Apa salahnya kan. Kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai hak untuk kebebasan bersuara.

Di samping itu juga, Datuk Seri Najib tidak boleh mendabik dada kononnya Barisan Nasional (BN) kuat jika berlawan di atas padang yang tidak sama rata. Jika benar BN adalah jentera yang gagah dan digeruni, biarlah BN berlawan parti melawan parti dan bukanlah kerajaan yang melawan parti. Soal Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), biarlah mereka melaksanakan tanggungjawab mereka dan bebaskanlah mereka daripada belenggu pemimpin BN.

“Beri peluang untuk Pakatan Rakyat (PR) menggunakan televisyen untuk membentang polisi dan rancangan PR supaya rakyat menjadi hakim negara,” kata Idris.

Menurut Idris, demonstrasi yang dibuat oleh pihak Bersih pada 9 Julai adalah setelah usaha perundingan dan perbincangan yang dibuat dengan pihak SPR tidak dilayan dengan baik terutamanya penggunaan dakwat kekal.

“Rakyat tertanya-tanya kenapa kerajaan takut menggunakan dakwat kekal. Sebelum pilihan raya umum (PRU) 2008, SPR sudah membeli dakwat kekal yang bernilai RM2.4 juta, akhirnya dibatalkan penggunaannya.

“Najib dan SPR mengumumkan untuk mengguna sistem biometrik di dalam PRU akan datang untuk menunjukkan pilihan raya di negara ini adil. Seolah-olah kita meminta teh, tetapi yang dibawanya kopi,” jelas Idris.



Selasa, 19 Julai 2011

JASAMU TETAP DIKENANG

Dalam kesempatan ini, blogger Peluru Emas ingin mengucapkan takziah buat keluarga mendiang James Wong atas pemergian beliau. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di antara orang-orang yang beriman.

Datuk Amar James Wong Kim Min

Datuk Amar James Wong Kim Min merupakan bekas menteri negeri yang telah memainkan peranan utama dalam penubuhan Malaysia telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 89 tahun semalam.

Mendiang dimasukkan ke Pusat Perubatan Pakar Normah sekitar jam 10.30 pagi semalam selepas mengadu kurang sihat dan menghembuskan nafas terakhir beberapa jam selepas itu pada jam 2 petang.

Meninggal dunia akibat sakit tua, mendiang meninggalkan isteri, Datin Amar Velerie Bong, lapan anak, 13 cucu dan empat cicit.

Mayat mendiang dibawa ke kediamannya yang terletak di Jalan Nanas untuk upacara penghormatan terakhir sebelum dikebumikan.

Sebelum pemergiannya, mendiang telah mencadangkan bahawa sejarah penubuhan Malaysia harus dijadikan sebagai mata pelajaran di sekolah-sekolah di negara ini.

Mendiang  turut menyeru kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran agar memandang serius perkara ini dan memperkenalkan sejarah penubuhan Malaysia untuk diajar di sekolah.

Menurut mendiang, sejarah penubuhan Malaysia perlu diketahui oleh semua rakyat, terutama di kalangan generasi baru agar mereka menyedari betapa bertuahnya mereka setelah Malaysia ditubuhkan.

“Untuk kita di Sarawak amnya, kita patut menganggap diri sebagai antara yang bertuah kerana jika Malaysia tidak ditubuhkan pada 16 September 1963, negeri ini mungkin akan dijual kepada Indonesia,” kata mendiang.

Mendiang berkata demikian ketika berucap pada pelancaran dua naskhah buku barunya iaitu ‘Memories of Speeches Made at the Council Negeri’ dan ‘The Birth of Malaysia’ edisi ketiga di Sarawak Club di sini, baru-baru ini.

Buku ‘Memories of Speeches Made at the Council Negeri’ merangkumi koleksi ucapan-ucapannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika berkhidmat sebagai ahli DUN serta ahli kabinet.

“Dengan membaca buku ini, anda akan mengetahui lebih banyak mengenai sejarah Council Negeri memandangkan buku ini dianggap sebagai bersejarah kerana merangkumi tahun-tahun perintis ke-pada penubuhan Malaysia,” katanya.

Dilahirkan pada 6 Ogos 1922 di Limbang, mendiang Wong mendapat pendidikan rendah dan menengah di Sekolah St. Mary dan St. Thomas di sini sebelum melanjutkan pelajaran di Kolej Pertanian Serdang di Selangor.

Mendiang Wong muncul sebagai perintis kepada industri pembalakan di Sarawak pada 1959 manakala pada 1953 menyaksikan penglibatan awalnya dalam bidang politik apabila menjadi ahli Majlis Daerah Limbang.

Bermula dari 1956 hingga 2001, mendiang Wong merupakan ahli bagi Majlis Negeri Sarawak dan berkhidmat sebagai ahli bagi Malaysia Solidarity Consultative Committee yang antara tugas yang dipikul beliau ialah kemasukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia.

Mendiang merupakan Timbalan Ketua Menteri yang pertama dalam Kabinet Sarawak (1963-1966) dan sepanjang tempoh itu, beliau adalah timbalan ketua dalam Malaysia Goodwill Mission ke Afrika dan ahli delegasi Malaysia bagi Sesi Pertama Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari Mac 1974 hingga 1976.

Mendiang Wong yang bersara daripada perkhidmatan awam pada 2001, merupakan ADUN yang berkhidmat paling lama dalam negara bermula daripada  badan perundangan tertua Malaysia.

Antara lain, mendiang pernah memegang jawatan sebagai timbalan presiden Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dari 1966 hingga 1981 dan dilantik semula sebagai presiden SNAP pada 1981 hingga 2003.

Mendiang Wong pada hayatnya juga pernah memegang pelbagai portfolio dalam kerajaan, antaranya Menteri Alam Sekitar dan Pelancongan (1987-1994), Menteri Alam Sekitar dan Perumahan (1995-1997) dan Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam (1998-2001).

"JASAMU TETAP DIKENANG"



Isnin, 18 Julai 2011

PENGGUNA BLOGSPOT KENA LOTERI RM300,000

Blogger PKR, Azimudin Ahmat

Menurut sumber yang diperolehi oleh Peluru Emas pada hari ini, seorang pengguna blogspot iaitu, Azimudin Ahmat @ http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ terpaksa mengalami mimpi buruk setelah beliau disaman sebanyak RM300,000 oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim atas dakwaan memfitnah beliau merogol paksa seorang pembantu rumahnya.

Dengan itu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datin Zabariah Mohd Yusof memerintah agar Azimudin yang juga merupakan seorang ahli jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) membayar kos RM100,000 kepada Rais. 

Walau bagaimanapun, blogger PKR ini tidak mahu mengaku kalah, malah beliau berikrar ingin terus menentang Rais dan ini adalah petikan yang diperolehi oleh Peluru Emas dari http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ 

"Pada 31 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga anggota jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), berhubung artikel yang diterbitkan dalam blog Amizudin, http://sharpshooterblogger.blogspot.com berserta gambar Rais, pada atau sekitar 28 Disember tahun lalu.

Rais, 69, dalam pernyataan tuntutannya berkata seluruh artikel dalam bahasa Melayu itu berniat jahat memfitnahnya dan perkataan dalam artikel bermaksud dan/atau difahamkan membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia.

Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu menafikan tuduhan itu selepas penulis blog menamakannya.

Susulan itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah selama lapan tahun dengan Rais dilaporkan oleh portal berita Indonesia menafikan yang dirinya diberi layanan buruk atau dirogol majikannya.

Sharpshooter - Sebenarnya kalah sebab gagal bawa saksi Migrant Care dan Robengah ke mahkamah dan semua tahu bahawa laporan yang menuduh pak menteri rogol itu adalah laporan 3 muka surat Migrant Care yang menyebut berulang-ulang kali nama rais yatim. Rais sepatutnya saman Migrant Care kalau dia anak jantan.

Sharpshooter diberi pilihan sebelum perbicaraan pada Isnin 4 Julai 2011 lalu untuk mohon maaf secara terbuka kepada rais yatim namun sharpshooter tolak pilihan tersebut kerana sudah pasti jika sharpshooter mohon maaf secara terbuka..akan ada tuduhan "berapa ribu sharpshooter terima duit dari rais yatim untuk minta maaf" .

Walau bagaimana sharpshooter akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat setelah berbincang dengan peguam di Pulau Pinang. Lawan tetap lawan.."


ABDUL KARIM: "JANGAN MIMPILAH KITAK ANWAR"

Abdul Karim
Mustahilkan jika Pakatan Pembangkang mampu memenangi sekurang-kurangnya 15 buah kerusi parlimen di negeri Sarawak pada PRU13 kelak. Jangan mimpi lah brother! Itu kata Abdul Karim Rahman Hamzah. Namun bagaimana disebaliknya, jika Parti BN Sarawak terpaksa berputih mata melihat Pakatan Pembangkang meraikan kemenangan dalam kerusi parlimen negeri Sarawak pada PRU13 kelak. Semua itu adalah terpulang kepada rakyat Sarawak sendiri. 

Namun, apa yang jelas kita dapat lihat sekarang ialah kelibat jentera parti pembangkang buat masa ini kian garang, di mana mereka telah membukti kekuatan mereka dalam memenangi beberapa buah kerusi dalam PRN10 lepas. Jadi, untuk mengetahui info lebih lanjut, jom layan news kat nie...

KUCHING: Dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa mereka mampu memenangi sekurang-kurangnya 15 kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang merupakan satu lagi ‘mimpi di siang hari’, kata Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri  Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurutnya, bukan kali pertama Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan cita-cita tinggi itu untuk mendapatkan sokongan daripada penyokong parti namun gagal merealisasikannya apabila tiba masanya.

“Berapa kali Anwar berbohong kepada kita? Dia bermimpi di siang hari. Selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 2008, Anwar memberitahu bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan pada 16 September 2008 dan ahli-ahli Parlimen BN akan menyertai mereka tetapi sehingga sekarang tidak ada apa-apa yang dicapai.

“Sebelum pilihan raya negeri baru-baru ini, Anwar turut mendakwa bahawa pakatan pembangkang akan menang dan memilih Baru Bian (pengerusi PKR Sarawak) sebagai KM (Ketua Menteri) seterusnya… tetapi setakat ini tidak ada apa-apa yang berubah.

“Dakwaan mereka akan memenangi 15 kerusi Parlimen bukan sesuatu yang baru. Anwar dengan mimpi-mimpinya lagi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Abdul Karim yang juga pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan terkini Anwar ketika melawat ibu negeri ini pada hujung minggu lalu.

Sementara itu, naib presiden PBB Datuk Daud Abdul Rahman turut sependapat dengan Abdul Karim bahawa Anwar sekadar bermimpi kerana mempercayai parti dapat memenangi 15 kerusi pada PRU akan datang.

Menurut Daud yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, PKR mengulangi keangkuhannya pada pilihan raya negeri baru-baru ini yang mendakwa mampu memperolehi 40 kerusi.

“Anwar sentiasa bermimpi seperti yang dilakukan pada pilihan raya negeri lalu. Beliau cakap dapat menang 40 kerusi tetapi anda tengoklah apa hasilnya,” katanya yang juga merupakan ADUN Tupong.

Pada perhimpunan bersama ahli-ahli PKR dan penyokong daripada masyarakat Bidayuh di sebuah restoran di Siburan petang Sabtu, Anwar memberitahu bahawa PKR komited memenangi sekurang-kurangnya 15 kerusi di Sarawak bagi membolehkan pakatan pembangkang membentuk kerajaan.

Anwar berkata, 15 kerusi itu merangkumi kawasan majoriti Bidayuh di Mambong.

“Jika kita boleh memenangi 15 kerusi di Sarawak, ia akan menjadi ‘batu loncatan’ bagi kita (untuk memenangi pilihan raya).

“Sebab itulah kita mesti menang di Mambong dan kawasan lain di bandar dan di luar bandar,” katanya yang dipetik sebagai berkata.

Majlis itu mengambil masa sekitar dua jam sebelum Anwar bergegas ke dua lagi majlis di Kuching.

Turut hadir, Naib Presiden PKR Kebangsaan Datuk John Tenewi Nuek dan Pengerusi PKR Negeri Baru Bian.

Setakat ini, PKR belum memiliki kerusi Parlimen di Sarawak. Pada pilihan raya negeri lepas, PKR bertanding di 49 kerusi dan hanya menang tiga sahaja.


Sumber: Utusan Borneo



Ahad, 17 Julai 2011

PKR: ISU LEWAT DAN VIDEO SEKS ANWAR ADALAH GAME KOTOR BN

Datuk Seri Anwar Ibrahim

Dengar-dengar parti Pakatan Rakyat tidak takut akan isu lewat dan video seks yang membabitkan big bos mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kononnya akan menjejaskan reputasi sejurus memberi impak besar dalam melemahkan perjuangan parti Pakatan Rakyat. Benarkah?

Khabarnya pula, pakatan pembangkang buat setakat ini telah dapat meraikan ramai sokongan daripada rakyat Malaysia melalui insiden Bersih 2.o tempoh hari. Mereka juga telah berjaya membuktikan kepada rakyat Malaysia apa motif dan tujuan mereka melaksanakan Himpunan Bersih pada 9 Julai 2011. Untuk itu, jom kita layan news ni dulu...

PETALING JAYA: Pembahagian kerusi di kalangan parti Pakatan Rakyat di Pahang untuk pilihan raya umum ke 13 akan selesai bulan depan. 

PKR, PAS dan DAP, katanya setuju mengekalkan status 2008, kata Ketua Penerangan PKR negeri, Razali Alias.

“Rundingan masih berjalan dan dijangka selesai sepenuhnya sebelum raya puasa ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada pilihan raya umum lepas, PKR bertanding lapan kerusi Parlimen dan menang dua iaitu Bandar Kuantan dan Indera Mahkota.

Razali menjelaskan, PKR belum memilih senarai calon tetapi mempunyai calon untuk semua kerusi yang ditandingi parti itu.

“Beberapa calon hang bertanding dalam pilihan raya umum lalu akan digugurkan dan diganti dengan muka baru yang lebih berwibawa.

Penyokong kembali

“Jika mereka sudah beberapa kali bertanding dan kalah, sampai masa kerusi yang beliau tandingi itu ditandingi oleh  calon lain,” katanya.

Menurutnya, apa yang menarik ramai aktivis parti yang sebelum ini menyepikan diri kini sudah kembali menyokong PKR.

Katanya, ini pertanda yang baik kepada PKR dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Menurut Razali, isu yang liwat dan seks yang membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjejaskan  sokongan  rakyat Pahang kepada PKR.

“Mereka tahu isu itu hanya mainan BN dan Umno menjelang pilihan raya umum,” katanya.


 Sumber: Free Malaysia Today



Jumaat, 15 Julai 2011

POLIS AKUI SALAH GUNA DANA AWAM


Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin

Wow!! Menarik juga kisah polis Malaysia pada kali ini di mana mereka mengakui yang mereka telah menggunakan dana awam untuk tujuan belanja 'time defend' peserta-peserta Bersih pada 9 Julai 2011. Benarkah fakta tersebut? Jom kita sama-sama baca informasi di bawah.

PETALING JAYA: Benarkah polis membelanjakan sebanyak RM25 seorang untuk menyediakan makan dan minum kepada peserta Himpunan Bersih 2.0 yang ditahan pada 9 Julai lalu?

“Jika benar, ini bermakna pihak polis sudah menyalah guna dana awam ketika menyediakan makan minum peserta yang ditahan,” ujar

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, dipetik dari blognya hari ini.

Beliau, yang dikenali sebagai CheguBard, merujuk laporan media yang memetik kenyataan polis yang cuba membela diri kononya semua peserta Himpunan Bersih diberikan layanan sempurna.

“Bila ditanya kepada mereka yang ditahan, rata-rata memberitahu bahawa mereka makan ayam goreng, sayur, sambal dan nasi kosong beserta dengan air manis. Hah! adakah ini harganya RM25 satu orang?” soal beliau.

“Pergilah ke mana-mana pembekal makanan memasak, tanyakan harga menu tersebut untuk lebih dari 1,000 orang makan secara buffet…..rata-rata akan mengatakan RM6 satu kepala malah ada yang akan menawarkan semurah RM4 sahaja jika cara pembayaran dipermudahkan,” jelasnya.

Katanya, ini bermakna, polis mengeluarkan belanjawan RM25 untuk seorang daripada wang rakyat. Mana pergi lagi RM20? Ini melibatkan salah guna kuasa.

Justeru itu, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melaksanakan tugasnya untuk menyiasat perkara ini.

CheguBard berkata, perkara seperti ini sememangnya sudah lama berlaku……makanan dalam lokap siapa pernah periksa berapa harga diperuntukkan dan bagaimana mutu makanan disajikan dan siapa yang meraih keuntungan ‘rasuah’ tersebut?

“Satu lagi teori menurut mereka yang ditahan, jumlah peserta demonstrasi Bersih sebenarnya menjangkau lebih 3,500 orang tetapi sebaliknya yang diisytiharkan ditahan hanya lebih 1,000 orang,” katanya.

Beliau mahu pihak polis memberi penjelasan mengenai adakah benar sebanyak RM25 dibelanjakan untuk seorang peserta dan adakah jumlah yang ditahan melebihi dari jumlah yang diisytiharkan.


 Sumber: Free Malaysia Today

Khamis, 14 Julai 2011

JUHAM: PIHAK POLIS TIDAK AKAN TERLEPAS DARI HUKUMAN DAN UNDANG-UNDANG

Pengarah Juham, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi

Hari ini Dewan Pemuda PAS telah melancarkan aduan berhubung dengan tindakan keganasan pihak polis ke atas para peserta Bersih pada 9 Julai 2011. Menurut Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, usaha ini adalah susulan daripada aduan secara rasmi Juham kepada Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) dan ianya selaras dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Tambah Ahmad Zamri lagi, Juham bagaimanapun telah menyenaraikan tindakan-tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan pihak polis terhadap peserta-peserta Bersih di mana pihak polis menumbuk, menendang, memijak, menembak gas pemedih mata secara dekat dan membuta-tuli ke atas para peserta Bersih pada 9 Julai 2011.

Memetik kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak, Bersih boleh berhimpun asalkan mereka pergi dengan aman dan pulang dengan aman. Jangan buat kekecohan dan kekacauan. Jadi, rakyat Malaysia dapat melihat sendiri apa peristiwa atau insiden yang telah terjadi pada 9 Julai 2011. Siapakah yang tidak aman?

Sehubungan itu, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib bagaimanapun telah mengerahkan polis menerusi Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menghalang perarakan oleh peserta himpunan dengan memancut air asid biru dan menembak gas pemedih mata. Lebih 1,600 peserta Bersih ditahan.

Ekoran itu, Juham mahu mendapatkan kerjasama daripada anggota masyarakat untuk mengumpulkan maklumat berkenaan pencabulan hak asasi oleh pihak polis.

Aduan, bukti bergambar, rakaman video, laporan perubatan dan sebagainya boleh disalurkan melalui talian Hotline 016-3126463, 016- 3126473 dan 014-6451753.

Juham juga boleh dihubungi menerusi emel juhampusat@gmail.com dan laman peminat di laman web sosial Facebook ‘Jabatan Undang -undang dan Hak Asasi Manusia’.

“Rakyat harus diberi kesedaran tentang hak mereka di sisi undang-undang dan pihak berkuasa pula tidak boleh sewenang-wenang membelasah rakyat yang hanya melaksanakan hak mereka yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” kata Ahmad.


Selasa, 12 Julai 2011

GARA-GARA LAYANAN BURUK NAJIB, AI TIDAK INGIN BENTANG KARPET MERAH

David Cameron
Amnesty International hari ini menggesa Perdana Menteri Britain David Cameron dan Pope Benedict supaya tidak membentangkan 'permaidani merah' kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana layanan buruk dan tindakan kejam kerajaan pimpinannya terhadap perhimpunan aman rakyat Sabtu lalu.

Menurut badan hak asasi dunia itu, Cameron khususnya perlu memberitahu Najib yang bakal dalam rangka lawatan empat hari ke UK bermula hari ini bahawa pencabulan hak asasi seumpama itu tidak dapat diterima.

Hujah Amnesty berdasarkan beberapa laporan, gambar, video yang terus disebarkan oleh pelbagai pihak memaparkan polis memukul, menendang dan melepaskan gas pemedih mata secara terus ke arah rakyat yang berhimpun secara aman menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

“Kerajaan Britain tidak harus memberi ganjaran keganasan itu dengan membentangkan permaidani merah kepada perdana menteri Malaysia,” kata Timbalan Pengarah Amnesty International bagi Asia Pasifik, Donna Guest.

“David Cameron seharusnya memberitahu Perdana Menteri Najib bahawa pencabulan hak asasi manusi terhadap penunjuk perasaan yang aman tidak boleh diterima.

“Kerajaan Najib mengasari ribuan rakyat Malaysia yang bertindak melaksanakan hak mereka untuk menunjuk perasaan secara aman,” katanya.

RAMAI DIKASARI


Selain menahan peserta perhimpunan, pihak keselamatan turut melepaskan gas pemedih mata secara terus kepada orang ramai dan dalam kawasan hospital sebagai usaha menggagalkan perarakan ke Stadium Merdeka.

Malah Guest berkata ramai peserta yang telah dikasari.

“Terdapat rakaman video di YouTube menunjukkan anggota polis berpakaian preman menendang seorang peserta yang terbaring di atas jalan sementara polis yang berpakaian seragam hanya melihat.

“Pihak keselamatan juga menembak gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah tercedera dan Khalid Samad (ahli parlimen Shah Alam) yang turut mengalami kecederaan,” katanya.

Selain itu, kata Guest, beliau juga berharap pihak Vatican dapat memberi tekanan kepada Najib supaya menghormati hak asasi manusia ketika Najib melawat Rom minggu ini.

Isnin, 11 Julai 2011

MANGSA BERSIH 2.0 KUMPUL BUKTI KEGANASAN PDRM



Pakatan Rakyat mahu mangsa dan saksi dakwaan keganasan polis sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, tampil mengemukakan maklumat mengenainya.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, pakatan pembangkang sedang mengumpul bukti sebanyak yang boleh untuk kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap polis.

Beliau menggesa sesiapa yang mempunyai bukti dakwaan keganasan polis yang telah didokumenkan sewaktu perhimpunan tersebut supaya menghantarnya sama ada terus kepada sekretariat BERSIH 2.0 atau parti anggota Pakatan.

Bercakap kepada wartawan dalam sidang akhbar di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Azmin berkata, kali ini, pihak polis tidak akan terlepas.

Katanya, polis tidak dapat lari daripada fakta tersebut, walaupun Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berulangkali menafikan polis telah melepaskan gas pemedih mata secara sewenang-wenangnya dan bertindak ganas terhadap peserta perhimpunan tersebut.

Menyifatkannya sebagai satu sindrom penafian yang diwarisi dari Umno, Azmin berkata, pihak polis tidak boleh bersembunyi daripada fakta yang telah didokumenkan dalam telefon bimbit dan di YouTube serta video dalam talian.

Katanya, mereka juga mempunyai bukti di media antarabangsa, termasuk Al-Jazeera yang melaporkan kehadiran 120,000 orang manakala BBC melaporkan 100,000 orang, begitu juga Perbadanan Penyiaran Australia.

Katanya, mereka yang melaporkan hanya 6,000 hadir ialah Utusan Malaysia, TV3 dan ketua polis negara.


Ahad, 10 Julai 2011

BERSIH 2.0: KEBENARAN SENTIASA ATASI KEKEJAMAN



Penganjur BERSIH 2.0 petang semalam mengisytiharkan matlamat perhimpunan itu menuntut pilihan raya adil dan telus berjaya dipenuhi walaupun lebih seribu rakyat dan pemimpin ditahan polis manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan dipancut air berkimia.

Walaupun hasrat untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dihalang oleh ribuan polis bersenjata automatik di laluan ke Istana Negara, BERSIH 2.0 berjaya menyemat keperluan untuk pembaharuan proses pilihan raya disanubari kita semua.

Stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan lebih 100,000 rakyat menyertai BERSIH 2.0 walaupun terpaksa menongkah pelbagai kezaliman polis dan pemerintah.

Secara ringkas berikut adalah “harga” yang terpaksa dibayar oleh pendokong Bersih :
  • 1,667 orang ditahan termasuk Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan ahli jawatankuasanya Maria Chin Abdullah. Lebih 250 yang lain ditangkap sebelum ini, termasuk enam di bawah Ordinan Darurat.
  • Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditembak gas pemedih mata dan mengalami kecederaan di kepala dan kaki. Beliau menerima rawatan di Hospital Pantai. Anaknya Nurul Iman dan Hana ditahan manakala pengawal Anwar dikasari.
  • Turut cedera ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.
  • Kepimpinan utama PAS turut diberkas termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya, Mohamad Sabu serta dua naib presidennya, Sallehuddin Ayob dan Datuk Mahfuz Omar.
  • Ahli parlimen yang ditahan termasuk Tian Chua, RSivarasa, Azmin Ali, Fuziah Salleh (PKR) dan Ngeh Ko Ham (DAP).

Harga Murah 

Namun harga itu dianggap “murah” berbanding dengan mesej tajam yang dihantar oleh Himpunan BERSIH 2.0.

Perkara paling memberangsangkan adalah hakikat bahawa ratusan ribu orang yang turun padang menyertai BERSIH merangkumi pelbagai kaum, khususnya Melayu, Cina dan India, menjadikan BERSIH sebuah gerakan rakyat dalam erti kata sebenarnya.

Kehadiran mereka membuktikan “kuasa rakyat” masih kuat membara di negara ini dan tidak mungkin ditenggelamkan dengan provokasi dan kekerasan polis serta pemerintah, walau sehebat manapun.

“Kebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman,” kata Ambiga, sejurus sebelum beliau ditangkap oleh polis dan dibawa ke suatu lokasi yang tidak diketahui.

Beberapa “adegan-adegan” BERSIH 2.0 akan sentiasa terpahat dalam sejarah negara ini.

Contohnya: ribuan rakyat berbilang kaum bersilang tangan, membentuk saf berjalan walaupun disekat polis yang menembak air bercampur kimia dan gas pemedih mata di Jalan Pudu.

Begitu juga dengan rakyat yang menyanyi 'Negaraku' di Stadium Merdeka bagi meraikan kejayaan melepasi sekatan jalan dan kekerasan polis.

Imej-imej anggota polis yang bergerak secara berkumpulan, memukul, memijak rakyatnya sendiri sebelum mengheret mereka ke lokap juga akan terpahat dalam ingatan.

Pancutan air berkimia dan bau gas pemedih mata pula akan menandakan 9 Julai 2011 sebagai hari di mana aparatus pemerintah diguna untuk menghalang rakyat berjalan aman ke sebuah lokasi untuk menzahirkan keperluan diadakan pilihanraya adil dan telus.

BERSIH 2.0 berjaya membongkarkan wajah sebenar pemimpin-pemimpin utama negara ini.

Wajah Sebenar Najib 

Sebuah gerakan yang aman, ditunjangi oleh pemimpin masyarakat madani menjadi mangsa serangan pemerintah dengan ribuan orang ditangkap hanya kerana memakai baju berwarna kuning atau berjalan secara berkumpulan.

Wajah sebenar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terdedah apabila beliau sendiri mengikut rentak PERKASA, mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap Ambiga.

Media arus perdana dan khutbah Jumaat di masjid dipergunakan untuk melabelkan BERSIH sebagai kumpulan pelampau, berfahaman komunis dan mahu menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Apabila Yang di-Pertuan Agong memberi petunjuk jelas supaya kerajaan dan BERSIH berdialog, Najib bertindak dengan menegaskan BERSIH adalah sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri .

Justeru, Najib mendakwa BERSIH tidak layak memohon permit untuk menganjurkan perhimpunan itu di stadium.

BERSIH 2.0 menunjukkan Najib dan Umno pimpinannya sebagai orang yang tidak teragak-agak membelakangi institusi Raja.

Negara Diktator

Najib bukan sahaja bersifat rasis tetapi juga tidak langsung melihat keperluan merombak proses pilihan raya negara ini yang banyak menguntungkan pemerintah selama ini.

Perdana Menteri dan sepupunya Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein juga mempamerkan kesanggupan luar biasa menggunakan polis untuk menangkap orang awam di atas sebab-sebab dangkal yang mirip sebuah negara diktaktor.

Walaupun mencanang dirinya sebagai adil dan berjiwa rakyat, BERSIH membuktikan Najib tidak akan teragak-agak menggunakan kuasa eksekutifnya untuk menumpaskan sesiapa yang dianggap sebagai musuh politik Umno.

Dalam konteks Himpunan BERSIH, beliau melihat tokoh-tokoh seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Ambiga dan Presiden Jamah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin sebagai musuh politiknya.

Semua mereka adalah aktivis berhemah tinggi, mempunyai kewibawaan dan keikhlasan mendokong agenda murni iaitu berjuang untuk proses pilihanraya yang lebih baik.

Kenapa agenda begitu digeruni oleh Umno dan Najib?

Inilah persoalan yang berlegar di minda rakyat sebelum dan pada 9 Julai , dan terus akan berlegar pada hari-hari menjelang pilihan raya umum ke 13.

Kebingkasan kerajaan mengeluarkan segala senjata yang ada padanya (media, khutbah jumaat, polis, mahkamah, pendaftar pertubuhan,) untuk menumpaskan BERSIH 2.0 menimbulkan banyak tanda tanya mengenai kepemimpinan Najib, khususnya bersabit keikhlasan beliau.

Kesetiaan Kepada Raja?

Episod BERSIH telah menawarkan Najib ruang yang cukup luas untuk mendokong sebuah agenda rakyat yang mustahak dan pada masa sama menzahirkan kesetiaan beliau kepada Istana Negara.

Namun semua ini ditempelak oleh Perdana Menteri dalam keghairahan untuk memastikan kelangsungan penguasaan penuh kerajaan ke atas institusi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan badan kehakiman kekal berterusan.

Perhimpunan aman BERSIH 2.0 bagaimanapun memberi semangat bahawa kuasa rakyat masih membara di Malaysia dan tidak mudah dipadamkan oleh pemerintahan kuku besi.

Seperti mana kata Ambiga “kebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman.” 

Sumber: Wira Arjuna



NURUL IZZAH : SATU KEMATIAN DAN BANYAK KECEDERAAN ANGKARA PDRM



PKR mendakwa polis bertindak 'tanpa sebarang provokasi' ke atas perarakan aman BERSIH di jalan bawah KL Sentral.

Naib parti presidennya, N Surendran berkata mangsa tindakan tersebut termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Surendran berkata pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga dan sasterawan negara, Datuk A Samad Said juga turut menjadi mangsa tindakan polis itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Surendren berkata ketika kumpulan tersebut masuk ke jalan bawah tersebut, mereka dihalang oleh barisan anggota FRU yang membawa senapang gas pemedih mata.

Katanya, naib presiden PKR yang juga ahli parllimen Batu, Tian Chua kemudiannya berjalan ke arah garisan polis untuk berunding.

Bagaimanapun, dakwanya, pihak polis terus bertindak balas dengan menjerit, memukul perisai dengan belantan serta menghalakan senapang gas pemedih mata ke arah mereka.Surendren berkata tindakan polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam dalam ruang terkurung adalah satu perbuatan jenayah.

Tindakan ini juga boleh mengakibatkan kecederaan serius dan kematian, dan dengan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

"Kami menuntut siasatan dan pendakwaan terhadap semua pegawai kanan, termasuk Menteri Dalam Negeri, yang bertanggungjawab bagi atau memberi perintah supaya perbuatan jenayah itu dilaksanakan," kata Surendran.



BERSIH 2.0 : ANWAR CUMA BERLAKON CEDERA?


Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di wad Hospital Pantai

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menafikan dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tercedera dalam perhimpunan BERSIH hari ini.

"Dia tak ada di Pudu. Di situ saja ada gas pemedih mata. Itu tidak benar," katanya ketika ditanya sama ada Anwar tercedera.

Ismail juga menjelaskan Anwar tidak ditahan polis.

Ismail mengesahkan sebanyak 1,401 orang ditahan, termasuk beberapa "ketua kumpulan".

Mereka antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu, dua naib presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub.

Turut ditahan pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin dan anggota parlimen Subang Sivarasa Rasiah.

Dalam sidang media di Bukit Aman petang ini, Ismail mengambil kesempatan menafikan segala laporan negatif terhadap polis, termasuk apa yang dirujuknya sebagai "berita angin".

Beliau menafikan polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan Hospital Tung Sin di Jalan Pudu.

"Itu tidak benar. Itu di luar SOP (prosedur standard) kita. Jangan dengar berita angin ini. Tidak tepat," katanya yang diasak soalan bertubi-tubi dari pemberita.

Ismail juga berkata pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan pancutan air memandangkan terdapat peserta perhimpunan BERSIH 2.0 yang cuba merempuh halangan polis.

"Kumpulan di Puduraya cuba bergerak ke Dataran Merdeka dan enggan bersurai. Mereka cuba merempuh.

"Polis tiada pilihan dengan menyuraikan dengan gas pemedih mata dan pancuran air," katanya sambil mendakwa melepas tembakan "minimum" sahaja.

Ismail berkata, perhimpunan sebenarnya hanya berlaku di dua tempat sahaja iaitu di Jalan Pudu dan di luar Stadium Merdeka di Jalan Loke Yew.

"Kumpulan di Pudu bergerak ke KLCC dan Menara Maybank. Mereka cuba digambarkan serata Kuala Lumpur ada perhimpunan. Sebenarnya di dua tempat sahaja," katanya.

Ditanya tentang dakwaan polis memukul peserta perhimpunan BERSIH hari ini, Ismail berkata beliau perlu melihat laporan penuh terlebih dahulu.

Beliau juga mendakwa terdapat pihak yang melakukan provokasi kepada pihak polis.

"Kalau ada (polis guna kekerasan) you buat repotlah," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis yang bersalah.


Sabtu, 9 Julai 2011

VIDEO INSIDEN PERHIMPUNAN BERSIH 2.0

























TERKINI : LAPORAN LANGSUNG PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 HARI INI


4.50pm: Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty berkata polis menggunakan Seksyen 28A (8) - yang menafikan hak akses kepada peguam ke atas mereka yang ditahan itu.
 
4.30pm: Menurut sumber PKR, Tian Chua yang ditahan di Balai Polis Jinjang berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih ditahan dalam trak polis. Sekurang-kurangnya 100 ditahan di sana. 
 
Katanya, tidak kurang 1,000 orang ditahan hari ini dan ada yang ditempatkan di Pulapol.

Menurut Fadiah tindakan kerajaan itu jelas mencabuli Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

4.50pm: Hotel Hilton - Beberapa pemimpin Pakatan seperti Datuk Kamaruddin Jaafar, Nurul Izzah mula meninggalkan hotel.

4.45pm: Hotel Midah - Jawatankuasa BERSIH dilapor sedang mengadakan sidang media di Hotel Midah pada masa ini.
 
4:40pm: Pudu - Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah mengecam tindakan keras pihak berkuasa ketika berdepan dengan penunjuk perasaan.
 
Pasukan polis bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital Tung Shin.

Ditanya apakah sepatutnya respons rakyat terhadap tindakan tersebut, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih wakil yang boleh melindungi hak mereka.
 
4.30pm: Menurut sumber PKR, Tian Chua yang ditahan di Balai Polis Jinjang berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih ditahan dalam trak polis. Sekurang-kurangnya 100 ditahan di sana.

4.21pm: Jawatankuasa BERSIH akan mengadakan sidang akhbar di Hotel Midah pada jam 4.45 petang ini.
 
4.10pm: Hotel Hilton - PAS memberi tempoh 24 jam supaya polis membebaskan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau himpunan kedua akan dilakukan. Jawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad pada sidang mediabya, berkata, jika Hadi tidak dibebas, sejuta ahli parti Islam itu akan berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

4.10pm: Stesen LRT yang masih ditutup, menurut RapidKL - Pasar Seni, KL Sentral, Masjid Jamek dan Dang Wangi.

4.01pm: Facebook PDRM - Antara pemimpin teratas yang ditahan ialah:

Mahfuz Omar - KL Sentral
Salahuddin Ayub - KL Sentral
Mohamad Sabu - Jalan Mahameru
Fauziah Salleh - KL Sentral
Tian Chua - KL Sentral
S Ambiga - KL Sentral
Hadi Awang - KL Sentral
Azeez Rahim - Jalan Bukit Bintang
 
 
4:00pm: Istana Negara - Delegasi BERSIH 2.0 seramai kira-kira 20 orang yang diketuai oleh A Samad Said dihalang oleh polis kira-kira 200 meter dari pintu pagar istana.

Rundingan dengan pihak polis gagal dan kumpulan itu bersetuju untuk bersurai. Bagaimanapun, Samad berkata beliau perlu berehat dan kumpulan itu meninggalkan beliau di situ. 

3.50pm: KL Hilton - Dalam satu sidang akhbar, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar, N Surendran dan timbalan setiausaha agung PAS, Syed Azman mengutuk kekejaman polis yang didakwa mereka menyebabkan kecederaan terhadap beberapa pemimpin Pakatan.

Mereka berkata, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah dihantar ke Hospital Pantai, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan pemimpin BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan A Samad Said juga mengalami kecederaan.


3.50pm: Istana Negara - Sekumpulan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menuju ke arah istana dari Hotel Midah Hotel. Mereka sedang menunggu kelulusan pihak istana untuk menyerahkan petisyen BERSIH 2.0.

3.50pm: Pasar Seni - Pemimpin BERSIH, Wong Chin Huat, selepas membaca lapan tuntutan BERSIH 2.0, meminta orang ramai bersurai.

Orang ramai mula bersurai secara aman tetapi ada yang masih melaungkan 'Reformasi' dan 'Bersih' di bawah stesen LRT Pasar Seni.

Polis bertindak dengan menembak gas pemedih mata ke arah mereka. 

3.38pm: Pudu - 2,000 orang kini di Pudu selepas dinafikan laluan selamat yang didakwa dijanjikan sebelum ini menuju ke Jalan Sultan. Polis anti rusuhan terus melepaskan meraim air dan gas pemedih mata kepada mereka yang cuba mendapatkan perlindungan di Hospital Tung Shin.

Mereka kini terperangkap di tengah-tengah antara dua sekatan FRU.

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata selepas rundingan dengan MP Pakatan R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham gagal berhubung apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang berarak itu.

Adalah dipercayai orang ramai yang menggunakan separuh daripada jalan itu tetapi pihak polis mahu mereka bersurai dalam kumpulan kecil sebelum dibenarkan berarak.

Adalah dipercayai Sivarasa juga telah ditahan tetapi tempat beliau dibawa belum dapat disahkan.

3.37pm: Pasar Seni - kumpulan BERSIH berarak melalui Jalan Sultan ke arah Pasar Seni, tetapi mereka ditembak gas pemedih mata berhampiran Stesen LRT Pasar Seni. Ia memaksa mereka berundur ke Jalan Sultan.

3.22pm: Bukit Bintang - 300 penyokong Pemuda Umno di Jalan Bukit Bintang di depan Hotel Federal mula bersurai selepas mengadakan rundingan dengan pihak polis.

Sambil mendakwa telah mencapai kemenangan moral - walaupun hanya mampu bergerak 200 meter sepanjang Jalan Bukit Bintang - masih jauh dari destinasi mereka di Stadium Merdeka - Exco Pemuda Umno, Megat Omardin berkata mesej mereka sudah disampaikan.

Katanya mereka telah datang dan telah mencapai tujuan mereka, diikuti dengan pembacaan doa.

Kemudian, Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Arman Azha memberitahu Malaysiakini bahawa exco Pemuda, Lokman Noor Adam serta 20 lagi ahli mereka telah ditangkap.Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin, yang juga turut ditangkap, kemudian menulis dalam tweetnya yang beliau dibawa ke Pulapol, manakala exco pergerakan itu, Ahmad Zaki Zahid cedera.

Tulisnya, FRU telah menembak gas pemedih mata terus ke arah mereka.

3:20pm: Pudu - Orang ramai mula berarak dari Pudu ke arah Jalan Sultan, sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana memberi mereka laluan selamat. Kumpulan seramai 2,000 orang itu, juga menyanyi Negaraku ketika berjalan.

3.15pm: Pudu - Polis bersetuju memberi laluan selamat kepada ribuan penunjuk perasaan yang berkumpul di Pudu sehingga Jalan Sultan dengan syarat mereka hanya menggunakan separuh jalan dan berarak secara aman.

Persetujuan dicapai selepas ahli parlimen Pakatan Rakyat, R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham berunding dengan pihak polis. 

3.10pm: Facebook PDRM Facebook - Jumlah yang ditangkap setakat jam 2.30 petang tadi adalah 672 orang.

3.00pm: TV Selangor melaporkan laman webnya digodam. Bagaimanapun ia masih bersiaran menerusi alamat www.itv.com/tv_channels/p5577 dan alamat pintas www.itv.com.

Video perarakan perhimpunan BERSIH 2.0 ke Stadium Merdeka yang sedang berlaku boleh ditonton menerusi www.intisari tvsnews.blogspot.com 

2.57pm: Bukit Bintang - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditangkap ketika sedang membersihkan matanya ketika gas pemedih mata dilepaskan, di sebuah pondok yang terletak kira-kira 100 meter dari benteng FRU.

Meriam air dan gas pemedih mata juga ditembak ke arah baki penyokong Pemuda Umno, menyebabkan mereka berundur 50m dari tempat asal mereka.

Kumpulan itu tinggal kira-kira 200 orang.
2.55pm: Bukit Bintang - Kira-kira tiga orang ditangkap apabila penyokong Pemuda Umno cuba melepasi benteng anggota FRU, menyebabkan berlaku pergelutan dan gas pemedih mata dilepaskan. 
2:50: KL Sentral - Naib presiden PKR, N Surendran memberitahu Malaysiakini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdarah di kepala dan mencederakan di lutut.

2.48pm: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ditahan.
2:45pm: KL Sentral - Datuk Seri Anwar Ibrahim tweet bahawa dia mengalami kecederaan dan dua anak perempuannya - Nurul Izzah dan Nurul Hana - juga telah ditahan.

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga mengesahkan beliau telah ditangkap. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap.2.43pm: KL Sentral - Huru hara berlaku di sini apabila polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan tertutup. Penyokong BERSIH cuba melarikan diri dari stesen itu melalui Brickfields.

Tembakan gas pemedih mata itu memaksa orang ramai bertempiaran ke dalam stesen. Wartawan di luar KL Sentral juga dilarang memasuki kawasan itu dan menyukarkan tugas mereka bagi mengesahkan keadaan sebenar situasi.
Beberapa pemimpin Pakatan termasuk MP Batu Tian Chua, MP Pantai Dalam MP Nurul Izzah Anwar, MP Kuala Selangor Dzukefly Ahmad, dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga disahkan telah ditangkap. 


2:41pm: Facebook PDRM: Sehingga jam 2 petang, 644 ditahan - 597 lelaki dan 47 wanita.

2:40pm: Puduraya - Orang ramai berpecah kepada kumpulan yang lebih kecil. Mereka percaya akan mengambil laluan yang berasingan menuju ke Stadium Merdeka.

2:35pm: Bukit Bintang - kumpulan Pemuda Umno berhenti di hadapan Hotel Royale Bintang di mana mereka berjalan menuju ke arah satu lagi kumpulan BERSIH di persimpangan Jalan Pudu-Bukit Bintang.
2.30pm: Puduraya - Orang ramai yang berjumlah tidak kurang 10,000 itu kini mula berkumpul semula dan dipimpin oleh oleh pemimpin PAS Dr Hatta Ramli dan pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin. Mereka juga sedang menuju ke pusat bandar.

Polis dilaporkan terus melepaskan gas pemedih mata bagi memaksa orang ramai supaya bersurai. 
2.30pm: Brickfields - Penyokong Pakatan Rakyat dan BERSIH 2.0 berjaya keluar dari KL Sentral yang sebelum ini dikepung oleh polis dan menuju ke Jalan Tun Sambanthan dimana mereka disertai oleh kira-kira 1,000 lagi penyokong.

Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan beberapa lagi dilihat berada bersama penyokong mereka.
Dalam perjalanan menuju pusat bandar beberapa tong gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka. Ambiga dan seorang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah kemudiannya dilapor juga ditangkap.



2:20pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 orang yang diketuai oleh pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli dan pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin berkumpul semula dan bergerak ke arah pusat bandar.

Bagaimanapun, polis menembak satu lagi pusingan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka. 

2.18pm: Pudu-Bukit Bintang - Walaupun basah kuyup akibat hujan, semangat orang ramai tidak pudar dan mereka mula terus melaungkan "Bersih! Bersih!”. 

2.15pm: KL Sentral - Pemimpin Pakatan Rakyat dan Bersih lsedang berarak ke Hotel Hilton menuju ke KL Sentral sambil melaungkan "Bersih! Bersih!” tetapi dihalang oleh police.

Orang ramai bersama pemimpin PKR, termasuk naib presidennya Tian Chua berjaya melepasi sekatan polis dan terus berarak. Beliau kemudiannya ditangkap polis.

Mereka dipercayai sedang menuju ke Stadium Merdeka.


2.10pm: Puduraya - Polis dilaporkan semakin garang terhadap penunjuk peradsaan. Ada yang diheret. Seorang penunjuk perasaan juga dilaporkan cedera dengan kepalanya berdarah. 

2:00pm: Hotel Hilton - Hujan masih turun di luar hotel dan suasana di dalamnya tegang ketika pemimpin Pakatan Rakyat bersedia untuk berarak.

Bagaimanapun, mereka kelihatan bertenaga dan berikrar untuk meneruskan perarakan ke Stadium Merdeka bila dapat melepasi benteng polis di luar hotel yang menunggu kemunculan mereka.

Pemimpin Pakatan dikelilingi oleh wartawan ketika mereka bergerak keluar perlahan-lahan.

1.59pm: Menara Maybank - Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah kira-kira orang ramai yang kini dianggarkan berjumlah tidak kurang 10,000 orang. Mereka berarak di hadapan bangunan Menara Maybank dan sepanjang Jalan Tun Perak. 
Mereka dari arah Masjid Jamek pula mula bergerak ke arah Puduraya.

Polis melepaskan gas pemedih mata selepas tembakan meriam air gagal menyekat kemaraan rakyat. Ramai juga yang pulih selepas terkena tembakan gas pemedih mata bangkit semula dan terus berarak.


1.57pm: Hotel Malaysia - Khairy Jamaluddin muncul di perhimpunan Pemuda Umno dan memberi ucapan ringkas. Katanya, BERSIH 2.0 tidak boleh disokong kerana ia telah resapi parti-parti pembangkang.

Beliau kemudian mengetuai kumpulan itu berarak menuju ke Stadium Merdeka. Mereka berkemungkinan bertembung dengan kumpulan BERSIH 2.0. 

1.55pm: Hujan mula mencurah di Kuala Lumpur.

1.52pm: Masjid Jamek - Terdapat sekurang-kurangnya empat trak polis di stesen LRT Masjid Jamek sekarang ini.

Orang ramai yang berhimpun terpaksa bersurai kerana polis telah melepaskan gas pemedih mata tetapi mereka dijangka berkumpul semula.


1:44pm: Menara Maybank - Trak meriam air melepaskan tembakan ke atas orang ramai untuk kali kedua - kali ini menggunakan air bercampur kimia dan pewarna biru.

Daripada bersurai, orang ramai teras bergerak. Sesetengahnya kelihatan menumbuk trak meriam air.

Ini diekori dengan satu lagi pusingan gas pemedih mata yang dapat menyuraikan orang ramai secara perlahan-lahan.

1:43pm: Masjid Jamek - Sekumpulan kira-kira 10 pegawai polis tugas am yang memakai topeng gas, mengejar penunjuk perasaan yang berlari lintang pukang ke dalam kawasan Masjid India.  



1:40pm: Menara Maybank - Tembakan meriam air dilepaskan terhadap 1,000 penunjuk perasaan. 

1:38pm: LRT Masjid Jamek - Seorang pegawai polis dengan menggunakan pembesaran suara mengumumkan: “Perhimpunan hari in tak ada kebenaran jadi diminta semua bersurai serta merta atau kami suraikan dengan kekerasan.”

Pegawai itu juga memberi masa tiga minit kepada orang ramai supaya bersurai.

Ia dijawab dengan laungan 'Takbir" dan ejekan dari orang ramai yang berjumlah kira-kira 500 orang.

1.35pm: Kenyataan akhbar dari IPK KL.

Setakat ini, 540 orang telah ditangkap (479 lelaki, 58 wanita, tiga remaja bawah umur) untuk disiasat. Antara yang ditahan itu, 11 kerana memakai baju T kuning BERSIH 2.0 dan seorang yang memakai baju merah PATRIOT.

Sementara itu, tiga individu yang dipercayai pemimpin perhimpunan itu juga telah ditangkap. Mereka adalah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, dan naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

1.33pm: Jalan Tun Perak - pemimpin PAS Dr Hatta Ramli yang memegang sebuah pembesar suara memberitahu kira-kira 4,000 hadirin bahawa naib presiden parti itu Mahfuz Omar dan lebih 300 yang lain telah ditangkap.

"Perjuangan rakyat memerlukan pengorbanan... Mereka di bawah umur 40 tidak pernah menyaksikan demokrasi di negara ini,” katanya.

Orang ramai menyambut ucapan itu dengan laungan "Allahuakbar".

Terdapat marshal BERSIH yang mengarahkan orang ramai supaya membuka laluan kepada kenderaan supaya mereka boleh meneruskan perjalanan masing-masing. 1.30pm: Kira-kira 300 anggota Pemuda Umno telah berkumpul di Jalan Bukit Bintang. Mereka semua memakai baju-T- merah bertulis 'Patriot'. Baju-T itu juga didedarkan kepada orang ramai.



1:22pm: Petaling Street - kumpulan beberapa ribu orang yang berarak ke Stadium Negara, berpatah balik ke Jalan Tan Cheng Lock selepas berdepan dengan satu sekatan jalanraya.

Sekumpulan besar rakyat Sarawak melaungkan 'Hidup Sarawak', disambut tepukan gemuruh dari yang lain. 

1.15pm: Angka rasmi tangkapan setakat ini ialah 514 - 478 lelaki dan 36 wanita. 

1.15pm: Masjid Negara - Masjid ini hampir kosong dan dipenuhi anggota polis. Ada yang mengadu tandas dikunci sehingga menyusahkan orang ramai. 

1.14pm: Akaun twitter palsu @bersihrally dikesan. Ia diwujudkan pagi tadi jam 9.42.

Twitter yang mendakwa akan “menyiarkan laporan langsung perhimpunan BERSIH 2.0 dengan bantuan sukarelawan yang membuat liputan” itu menyebarkan berita palsu.

Antaranya berlaku kejadian menjarah di Pasar Seni, pertembungan dengan polis di KLCC dan juga tembakan dilepaskan di Bangsar.

Selepas dikesan oleh pengguna Twitter lain, @bersihrally akhirnya mengalah dengan mesej ini: "Took you guys long enough to figure it out. I've done my job. Thanks for playing." 

1.00pm: Masjid Jamek - Jumlah penunjuk perasaan semakin ramai dengan tidak kurang 1,000 orang yang bersiap sedia untuk berarak. Sebelum itu, seorang pelajar dilaporkan terkena tembakan kanister gas. Beliau memohon gambarnya yang cedera tidak disiarkan kerana bimbang akan dikenakan tindakan oleh kerajaan kerana beliau seorang pelajar.


12.51pm: Hotel Hilton - Pemimpin PKR Nurul Izzah Anwar, Syed Husin Ali, Lateefah Koya tiba di bilik hotel Anwar Ibrahim. Wartawan tempatan dan luar negara sudah bersiap sedia untuk sidang akhbar yang dijadualkan itu.

12:50: Kira-kira 3,000 hingga 4,000 orang berarak dari Petaling Street menuju ke arah ke Stadium Negara.

Mereka melaungkan 'Bersih, Bersih, Pilihanraya' dan 'Hidup, Hidup, Rakyat'.

Enam penunjuk perasaan pertengahan umur mula menyanyikan Lagu Negaraku, dan terus disambut oleh yang lain. Salah seorang daripada mereka, Dr Wong Fort Pin, berkata, mereka meraikan keamanan. 

12.45pm: Kampung Baru - Lagi 16 orang yang dipercayai penyokong BERSIH di kawasan sekitar ditangkap. Seorang daripada mereka membawa baju kuning BERSIH. Sebelum itu, polis kelihatan mengejar dipercayai penyokong BERSIH yang duduk di sekitar masjid di Jalan Raja Abdullah menyebabkan mereka lari bertempiaran. 

12.45pm: Beberapa perarakan daripada pelbagai lokasi mula bergerak dari arah yang berbeza, manakala pihak polis bertindak dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata. Di Dataran Merdeka, polis melepaskan gas pemedih mata ke atas kumpulan penunjuk perasaan yang berarak ke arah kawasan tersebut.


12.45pm: Pusat Latihan Polis (Pulapol) - Menurut sumber PKR, timbalan presiden parti itu ditangkap di Pulapol, Jalan Semarak. Malaysiakini sedang cuba mengesahkan laporan itu. 

12:42: Stesen lama KTM - Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam berkata mereka memandang berat terhadap tangkapan beramai-ramai sehingga ini.


"Polis kata, mereka akan ditahan di Pulapol (Pusat Latihan Polis)," kata sambil menambah bahawa pihaknya sedang memantau keadaan. Nayagam, bagaimanapun, tidak mahu mengulas sama ada polis kasar dalam tindakan mereka terhadap suspek. 

12.34pm: Kira-kira 1,000 orang mula bergerak dari stesen lama KTM menuju Dataran Merdeka.

12.32pm: Masjid Jamek - Ahli Majlis MPSJ Michael Tamil dan Mohd Hafifudin, yang juga adalah pengerusi Persatuan Penjaja Bumiputera Masjid India, sedang memantau kawasan sekitar.

"Saya di sini untuk lihat betapa banyak yang penjaja rugi kerana orang ramai tidak berani datang sini,” kata Hafifudin yang kesal dengan tindakan polis hari ini.

"Jika penjaja kerugian kerana jalan ditutup siapa yang patut mereka tuntut kerugian itu. Mereka patut tuntut daripada kerajaan,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Bazaar Jalan Melayu. Hampir semua kedai dan gerai di kawasan sekitar ditutup hari ini. 

12.30pm: Menurut facebook polis, seramai 441 orang, termasuk 20 wanita, ditahan sehingga jam 12 tengahari. 

12.16pm: Masjid Jamek - Hampir tidak ada kedai yang dibuka, kebanyakan orang berlegar di jalan dan lorong belakang Little India, menunggu masa untuk berhimpun. Polis terus memeriksa dan menangkap mereka yang disyaki akan berhimpun.

"Mereka arah kami buka beg, macam mana bom didalamnya,” kata seorang wanita Melayu dari Klang yang berang apabila begnya diperiksa oleh empat anggota polis.

"Kenapa kami tak boleh duduk sini? Ini hak asasi kami,” kata seorang lagi wanita yang juga dari Klang. 

12.15pm KL Sentral - Dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan ketika dalam perjalanan ke Hotel KL Hilton. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail sudahpun berada di sana. 

12:10pm: Menurut Facebook polis, mereka menafikan dakwaan twitter BERSIH 2.0 bahawa berlaku pertembungan antara penunjuk perasaan dan polis di KLCC dan menafikan juga gas pemedih mata telah digunakan.

12:12 pm: IPK KL - Seramai 338 orang telah ditangkap - 321 lelaki dan 17 perempuan. Mereka ditahan di sekitar Dataran DBKL, Istana Negara, Pasar Seni dan Masjid Jamek.

12:15pm: Bekas ibupejabat KTM - tandas dalam bangunan itu telah dikunci oleh pihak polis. 

12.05pm: Ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut agak lenggang dengan hanya kira-kira 50 orang di luar, termasuk ketua penerangan polis PAS Misbahul Munir. Empat kereta peronda polis diletakkan kira-kira 50 meter dengan 15 pegawai polis. Sekumpulan anggota polis Cawangan Khas berlegar dengan orang ramai.

11.55pm: Stesen lama KTM - Masih ramai yang berlegar di sekitar stesen keretapi ini. Mereka diminta meninggalkan kawasan itu melalui jejantas berhampiran Mahkamah Syariah. Puluhan telah ditahan di kawasan ini. Polis juga dikatakan bertindak kasar terhadap suspek. Ada yang dicekup di tengkuk. Lori polis kedua yang penuh dengan tahanan beredar ke balai polis. Polis anti-rusuhan juga bersiap-sedia dan dipercayai akan bergerak masuk ke stesen KTM bagi menyuraikan rakyat yang cuba berhimpun itu. 

11.50am: Timbalan presiden PKR Azmin Ali menulis di tweeter - "Saya sudah berjaya tiba di 'forbidden city of KL'." Beliau antara 91 individu yang dilarang oleh perintah mahkamah daripada memasuki Kuala Lumpur hari ini. 

11.44am: Jumlah terbesar orang ramai yang berhimpun adalah di kawasan sekitar Masjid Jamek dan Masjid Negara. Namun, pintu pagar Masjid Jamek dikunci manakala di Masjid Negara polis tidak membenarkan mereka memasuki kawasan masjid. Ramai yang berkumpul sekitar kawasan stesen lama KTM.

11.35am: Ketegangan berlaku di stesen lama KTM. Anggota polis cuba menyuraikan orang ramai di dalam bangunan. 

11.30am: Menurut Facebook PDRM, sehingga 11 pagi, 236 orang telah ditangkap 228 lelaki dan lapan wanita. Mereka melaungkan 'Allahu Akbar'. Sekurang-kurangnya enam orang ditahan di kawasan tersebut pagi ini.

11:25am: Menurut sumber, pemimpin Pakatan Rakyat telah bergerak ke pusat bandar.

11:12am: Sogo - Seorang daripada tiga lelaki yang ditahan di sekitar Masjid India berkata, polis memeriksa begnya dan menemui baju-T kuning.

"Bubuh gambar saya, biar besar sikit," katanya sambil senyum sebelum dibawa menaiki trak polis.

11:10am: KLCC - Tiada bukti bahawa gas pemedih mata telah digunakan ke atas penunjuk perasaan di sini. Pengunjung kelihatan mundar-mandir seperti biasa.

11.04am: Stesen LRT Hang Tuah LRT kini ditutup kerana "sebab-sebab keselamatan".

11:00am: Satu sumber Bukit Aman berkata lebih 100 orang telah ditangkap pagi ini setakat ini.

10:55am: Stadium Merdeka - Polis menutup stesen monorail Maharajalela dan stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka. Perkhidmatan monorail masih diteruskan di stesen-stesen lain.

10.55am: Masjid Negara Kira-kira seratus anggota polis sedang mengawal pintu masuk ke Masjid Negara. Beberapa penyokong Pakatan Rakyat kelihatan sedang disoal.

10:45am: Kampung Baru - Sekumpulan lagi ditahan, termasuk seorang lelaki yang memiliki baju-T BERSIH. Beliau tidak ditempatkan bersama yang lain dan dibawa di tempat lain untuk disoalsiasat.

10:43am: Sogo - Tiga lagi lelaki, membawa beg galas, ditahan di sekitar kawasan tersebut. Seorang daripadanya yang berbadan tegap dan berjanggut kelihatan memakai tag akhbar Bernama. Ketika ditemui kemudiannya, wartawan Bernama itu berkata, dia dilepaskan apabila polis berpuashati dengan penjelasannya. Katanya disoalsiasat kerana membawa walkie-talkie. Bagaimanapun, dua orang lagi dibawa menaiki trak polis. 

10:25am: Masjid Jamek - Terdapat lebih banyak tangkapan di sekitar stesen LRT Masjid Jamek. Trak polis yang diletakkan di sebelah masjid Masjid Jamek mempunyai sekurang-kurangnya 16 orang di dalamnya. 

10:23am: Laporan PDRM - sehingga jam 9 pagi, 'Operasi Polis Perhimpunan 9 Julai 2011' membabitkan 21 tangkapan. 

10:21am: KLCC - BERSIH tweet bahawa berlaku pertembungan polis dengan penyokong. "Kanister gas digunakan," katanya. Malaysiakini sedang cuba mengesahkannya. 

10.20am: Stesen LRT Masjid Jamek - Tangkapan penyokong BERSIH 2.0 berterusan. Turut ditahan adalah seorang lelaki selepas polis menggelidah bagnya tetapi tidak menjumpai barangan berkaitan BERSIH. Dia bagaimanapun mengakui sedang mengumpulkan derma semasa ceramah PAS sebelum ini.

10.06am: Stadium Merdeka - Polis memasang kawat duri pada di kedua-dua arah masuk Jalan Stadium, dan menutupnya bukan sahaja kepada kenderaan tetapi juga pejalan kaki. Kira-kira 20 wartawan juga sedang berkumpul di kawasan ini yang penuh dengan anggota polis.

10.06am: Di stesen lama KTM - seorang warga emas berusia 70 tahun yang memakai serban dan jaket Pakatan Rakyat ditahan bersama dua lagi selepas beliau berkeras untuk pergi ke Masjid Negara untuk bersolat. Ketiga mereka dibawa dengan jip polis.

10.05am: Masjid Negara - Jumlah orang ramai juga semakin bertambah di kawasan ini. Dianggarkan tidak kurang seribu telah berada di sini. 

9.55am: Masjid Jamek - Lebih ramai yang datang melalui stesen LRT. Polis belum memeriksa mereka tetapi hanya memerhatikan keadan. Kawasan ini adalah antara lokasi panas pada perhimpunan BERSIH pada 2007. 

9.50am: Masjid Negara - Seorang lelaki tua yang cuba menghampiri masjid dengan niat untuk bersolat telah dihalau oleh pihak berkuasa. Jumlah penyokong BERSIH 2.0 di persekitaran stesen keretapi lama itu semakin bertambah ramai.

9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan. 

9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya. 

9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis. Polis memberitahu semua tangkapan terdiri daripada 20 orang berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Cina yang dipercayai penyokong BERSIH 2.0.

Mereka ditahan atas kesalahan mengganggu penjawat awam dan disiasat mengikut Akta Polis. Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap. 

9.38am: Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup. 

9.35am: Masjid Jamek - Tujuh orang ditahan. Alasan penahan mereka belum dapat dipastikan. Wartawan tidak dibenarakan berada berhampiran trak tempat mereka ditahan. "Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini,” kata anggota polis itu. 

9.30am: Maju Junction - Empat lelaki ditahan apabila polis menjumpai sehelai baju berwarna kuning di begnya. 

9.15am: DBKL - Kira-kira 60 anggota polis dan sepuluh trak dilihat berada di persimpangan T di hadapadan bangunan DBKL. 

9.05am: KL Sentral - Polis sedang memeriksa bag-bag ke4punyaan penyokong PAS yang baru tiba dari Kelantan. 

9.00am: Stadium Merdeka - Jalan ke stadium itu dari Jalan Maharajalela sudah dikepung dengan halangan kawat berduri. Wartawan yang ingin memasuki kawasan itu perlu berdaftar dengan polis.

8.50am: Dataran Merdeka - Police telah menutup kawasan Dataran Merdeka. Lebih enam trak FRU, termasuk trak meriam air diletakkan di lokasi ini.

Sepanjang Jalan Tun Perak, berhampiran stesen Masjid Jamek, puluhan trak FRU dan sebuah trak meram air bgersiap sedia. Kawasan ini adalah lokasi yang lazimnya menjadi tempat berkumpul bagi penunjuk perasaan. Dianggarkan tidak kurang 300 anggota FRU dan anggota polis lain berkawal di sini.

"Tiada sesiapun yang yang boleh masuk kawasan ini,” kata seorang polis apabila wartawan Malaysiakini cuba meninjau kawasan sekitar Dataran Merdeka.

8.45am: Ibu pejabat PAS - Belum kelihatan anggota polis berpakaian seragam mahupun kenderaan mereka. Namun sekumpulan yang tidak dikenali dilihat memasang kamera video bertentangan bangunan itu. Adalah dipercayai pemimpin utama PAS sedang berkumpul di sana.

8.40am: Jalan Tunku Abdul Rahman - Pasukan pemantau Majlis Peguam turun ke jalanan dengan berpakaian suit hitam dan tag 'Pemantau' di jaket mereka.

"Kami akan pantau perhimpunan ini dan merakamkan gambar jika perlu. Terdapat kira-kira 100 pemantau Majlis Peguam. Ada yang membekalkan khidmat guaman,” kata HR Dipendra, yang mengetuai pasukan 15 pemerhati. 

8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.

8.25am:
Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.

8.10am:
Hotel Tune - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi.

8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.

7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.

7.45am: Masjid Negara - Puluhan jeep FRU dan lori meriam air ditempatkan sekitar bulatan Jalan Keretapi bertentangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Tiada sekatan jalanraya di kawasan ini tetapi kelihatan ramai anggota polis. 


Sumber: MalaysiaKini