Subscribe:

Pages

Ahad, 22 Mei 2011

APAKAH NASIB PRU-13 SARAWAK KALI INI?






Apakah Nasib Pilihan Raya Umum ke-13 ?


Nampaknya, PRU-13 di Negeri Sarawak pada kali ini dilihat semakin dekat. Namun apa yang ingin kita lihat ialah hasilnya nanti. Apakah pilihanraya kali ini jauh lebih getir daripada yang sebelumnya? Ehmmm...

Apa yang pasti, rakyat Sarawak akan membuat pelbagai jenis permintaan dari parti-parti yang akan bertanding. Persoalannya, mampukah BN menunaikan semua permintaan rakyat tersebut? atau sebaliknya, benarkah pakatan rakyat akan menunaikan semua permintaan rakyat?

Pastinya PRU kali ini adalah satu ujian yang paling besar dan sukar lagi buat jentera BN Sarawak yang dilihat sebelum ini bermati-matian berjuang untuk mempertahankan kerusi DUN mereka dalam piihan raya musim lepas. Manakala, PR pula dilihat semakin agresif dan cuba mengintai peluang yang sedia ada untuk menggapai semua cita-cita mereka sebelum ini.

Mustahil dan tidak mustahil adalah dua perkara yang berlainan. Jadi, mustahil kan jika BN kalah dalam PRU-13 ini dan tidak mustahil juga kan jika PR akan menang dalam PRU-13 kali ini.  

Peluru Emas telahpun membuat sedikit kajian di sebuah kawasan pedalaman kampung dan ini pula adalah persoalannya dibuat oleh penduduk kampung di kawasan tersebut,

1. Isu jawatan Ketua Menteri Sarawak. Sampai bila lagi Taib akan menjadi Ketua Menteri? Sampai semua tanah rakyat Sarawak habis diceroboh dan dirampas? Di manakah hak dan status rakyat Sarawak? Adakah ini yang dinamakan pemerintahan bersifat demokrasi?

2. Isu tanah. Semakin hari, semakin berkurangan tanah hak milik rakyat tempatan negeri Sarawak akibat digondolkan dan diambil oleh kompeni-kompeni syarikat pembalakan. Mengapakah tidak ada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa? Siapakah yang harus dipersalahkan? Ke manakah perginya wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin yang dipilih semasa pilihan raya?

3. Isu jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak. Adakah jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak akan diberikan kepada PBB lagi? Bagaimana dengan parti lain khususnya, PRS? Bila lagi Orang Dayak Bumiputra negeri Sarawak diberi peluang untuk memerintah negeri sendiri?

4. Mengenai parti-parti dan pemimpin-pemimpin rakyat. Rakyat Sarawak tidak memilih mana-mana parti yang perlu dan mesti diundi. Tidak kira BN mahupun pembangkang, apa yang pasti semua parti adalah sama. Cuma satu sahaja permintaan rakyat negeri Sarawak iaitu individu dalam sesebuah parti. Rakyat Sarawak cuma menginginkan seorang pemimpin atau individu yang benar-benar dan betul-betul memperjuangkan nasib mereka serta menjaga kepentingan mereka. Bukannya mengutuk sesama sendiri (parti vs parti). Tetapi, berkerja-keras untuk memperjuangkan nasib rakyat. Cuba fikir, buat apa mereka (wakil rakyat/ pemimpin) dipilih jika mereka tidak berkerja keras dalam mengambil hati rakyat dengan memperjuangkan nasib rakyat?

5. Aset negeri Sarawak. Ke manakah perginya semua aset-aset atau hasil-hasil yang diperolehi dari bumi kenyalang? Cuma Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu sahaja yang dilihat dalam keadaan membangun. Bagaimana dengan bahagian yang lain. Bila lagi wajah bahagian yang lain menjadi bandaraya? Tidak ketinggalan juga dengan nasib anak-anak kampung khususnya, anak-anak kampung dari daerah Belaga yang bercita-cita ingin melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat universiti. Tidakkah ada keistimewaan yang diberi kepada mereka seperti bantuan pelajar miskin bagi pelajar universiti? Sebaliknya, ibubapa mereka pula yang terpaksa menggadaikan tanah mereka semata-mata ingin melihat anak mereka berjaya. Mana perginya duit yang diambil dari Belaga? Adapun biasiswa yang disediakan iaitu, Tabung Amanah Bakun, akan tetapi, ianya hanya diberikan kepada para pelajar untuk satu semester sahaja iaitu sebanyak RM1000. Mengapakah tidak boleh diberikan berterusan sehinggalah para pelajar itu tamat pengajian, sedangkan prestasi para pelajar itu cemerlang?

Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?
a. Pemimpin
b. Rakyat

Fikir-fikirkanlah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan