Subscribe:

Pages

Selasa, 24 Mei 2011

JANGAN HAIRAN JIKA RENTAP MUNCUL LAGI

Rakyat Sarawak sering diselubungi dengan isu pencerobohan serta rampasan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Biarpun usaha penyukatan tanah NCR sekarang ini sedang giat dijalankan, namun pihak tidak berperikemanusiaan ini tidak pernah berasa simpati dan tidak mengendah akan nasib penduduk tempatan Sarawak.

Gelaran ‘P’ adalah yang paling tepat bagi golongan ini yang membawa maksud penceroboh, perompak, pencuri, perampas dan penyamun.

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan bantahan yang dibuat oleh 10 buah kampung dari Tebedu terhadap aktiviti pembalakan haram yang dijalankan oleh pihak tidak bertanggungjawab di kawasan tanah NCR mereka. Dan yang terbaru pula iaitu, bantahan yang oleh penduduk kampung Long Sebayang dan Long Napir di mana penduduk kampung ini memprotes akan kegiatan pembalakan haram yang telah menghancurkan dan memusnahkan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) mereka. Menurut penduduk kampung berkenaan, mereka mendakwa kawasan yang diliputi oleh tanah NCR terbabit musnah akibat pembalakan haram yang dikesan berlaku sejak minggu lepas.

Bukan itu sahaja, jika dipanjangkan lagi cerita, semua tanah NCR di Sarawak telah diceroboh dan dirampas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Memetik keterangan yang dibuat oleh Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber, Mohd Naroden Majais, sebaiknya isu ini diserahkan kepada pihak polis dan pemilik NCR disarankan untuk elakkan diri daripada berjumpa pembangkang kerana ia akan membuat isu ini lebih sukar.

Sering kali, kita membuat laporan dan aduan kepada pihak berkuasa, namun tiada penangkapan dibuat malah apa yang kita lihat ialah lori balak semakin laju memuatkan hasil balak dari hutan.

Tidak ketinggalan juga dengan penduduk kampung di daerah Belaga, di mana sebilangan besar tanah NCR mereka lesap digondolkan, dicerobohkan dan dirosakkan tanpa notis oleh syarikat MPOB. Kasihankan. Walaupun majoritinya penduduk kampung tidak berpendidikan tinggi tetapi mereka masih mempunyai maruah diri yang tinggi. Sampai hati orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini menindas tuan punya tanah itu kan. 


1. Mana perginya wakil rakyat?
2. Siapakah dalang semua ini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan