Subscribe:

Pages

Khamis, 26 Mei 2011

NASIB RAKYAT MIRI SETELAH MEMILIH DAP


Keadaan Tamu Senadin Dulu (BN)



Keadaan Pasar Senadin Pada Hari Ini (DAP)


"Tidak berfikir sebelum bertindak" akan mendatangkan banyak padah dan buruknya. Itulah pepatah yang paling tepat bagi pemilih yang memilih DAP untuk memenangi kerusi DUN Miri pada PRN-10 lepas. Akibat taksub dengan janji-janji manis DAP sempena PRN-10 lepas inilah pula ceritanya di mana lebih 60 orang penjaja berhampiran pasar raya DPS, Senadin dihalau oleh DAP berikutan aduan DAP yang mengatakan lokasi itu tidak selamat kononnnya.

Sebelum ini, penjaja yang kebanyakan kaum Dayak berniaga di kaki-kaki lima pasar raya yang sama, namun dipindahkan oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM) ke lokasi sekarang yang lebih selesa. Tinjauan mendapati, lokasi yang ada sekarang jauh lebih selesa berbanding lokasi lama yang terdedah dengan matahari dan angin ribut.

Seorang penjaja yang hanya dikenali sebagai Siah berkata, mereka belum mengetahui cadangan perpindahan itu, namun menganggap ia suatu yang membebankan.

“Dulu kami berniaga di depan DPS, kemudian disuruh berpindah ke tepi DPS pula. Sekarang disuruh berpindah pula, nampaknya kami macam bola,” katanya ketika ditemui di tamu berhampiran DPS petang tadi.

Sementara itu, cadangan untuk memberhentikan perniagaan di kawasan berkenaan telah dikemukakan kepada Datuk Bandaraya Miri, Lawrence Lai dalam Mesyuarat Penuh MBM hari ini.

“MBM banyak menerima aduan daripada pihak pembangkang DAP yang menyifatkan kawasan perniagaan di situ kotor dan tidak selamat. Komen pihak DAP telah disuarakan di akhbar tempatan tetapi MBM belum menerima aduan dari peniaga-peniaga di kawasan berkenaan,” katanya hari ini.

Lawrence menambah, DAP turut mendesak MBM agar memindahkan penjaja disitu kerana kegagalan menyediakan bekalan air dan elektrik untuk kegunaan mereka.

“Sebagai kawasan perniagaan sementara, MBM tidak dapat menyediakan kemudahan-kemudahan asas seperti yang dinikmati kawasan perniagaan kekal seperti tandas, bekalan air dan elektrik. Kita letakkan mereka di situ kerana memberi peluang kepada penjaja berjual sementara menunggu tapak tetap, bukannya tidak prihatin.”

“Setakat ini kita sudah mengenalpasti kawaan tamu tetap di Senadin, namun MBM masih menunggu peruntukan dari Kementerian Alam Sekitar dan Kemudahan Awam (KASKA) untuk melaksanakan projek berkenaan,” katanya sambil menambah aduan berkenaan akan dirujuk kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin.

Pembukaan tamu sementara di Senadin bertujuan untuk memberi peluang dan membantu peniaga yang belum mempunyai lesen berniaga dengan sah. Sehingga kini seramai 60 peniaga yang menjual buah-buahan, sayuran dan makanan mencari rezeki di tamu tersebut. Sebanyak 38 peniaga ditempatkan di kawasan hadapan pasaraya sementara yang lain ditempatkan di bahagian tepi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan