Subscribe:

Pages

Isnin, 16 Mei 2011

NUAR DIARAH BELA DIRI, PENYOKONG PANDI KUTTY REFORMASIN REMPUH MAHKAMAH MACAM BABI


Memang dashyat sungguhlah para penyokong Si Awnar ini. Bilangan yang hadir di perkarangan kompleks mahkamah di Jalan Duta lebih dari yang kita jangkakan. Lebih ramai lagi dari Reformasin yang diadakan pada tahun 1998. Sebilangan besarnya sanggup datang dari jauh seperti Perak,  Permatang Pauh dan sebagainya semata-mata hendak menunjukkan sokongan mereka kepada Ketua Pembangkang DSAI itu. Dianggarkan sekitar 300 orang penyokong Pandy Kutti Reformasin (PKR) yang mula memenuhi kompleks mahkamah  di Jalan Duta sambil diiringi dengan laungan 'Hancur-hancur Najib, Hancur-hancur UMNO' yang turut diselitkan lagi laungan 'anti-Utusan Malaysia'. Tetapi, Peluru Emas rasakan para penyokong Si Anwar ini lupa satu lagi launganlah iaitu 'Hidup-hidup Anuwar, Hidup-hidup Pornstar.' Hahaha...


16 Mei 2011, (Tanggal 16 lagi...)  Jam 11.00 pagi: Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan Dato Seri Anwar Ibrahim diarahkan untuk membela diri dari pertuduhan liwat yang di hadapi beliau. Menurut Hakim Saiful Bukhari seorang saksi yang berwibawa dan di tambah lagi dengan keterangan positif dari doktor serta bukti yang dipamerkan sepanjang perbicaraan ini  memberikan pihak pembelaan gagal mewujudkan Prima Facie dalam Kes Liwat ini. Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan Anwar Ibrahim, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.


Sebagai rakyat Malaysia, kita amat kecewa dengan sikap para penyokong DSAI ini seolah-olah mereka mempertikaikan amanah dan tanggungjawab seorang hakim dimana mereka tidak berpuas hati dengan keputusan hakim yang mengarah Anwar membela diri. Lebih mengecewakan lagi, Angkatan Pemuda Keadilan (AMK) dilihat bertengar dengan pihak polis ekoran rasa tidak puas hati dengan sekatan jalan yang dilakukan ke perkarangan kompleks mahkamah di Jalan Duta.


Para penyokong Anwar yang tidak dapat memasuki bilik perbicaraan kemudiannya menyanyikan lagu 'oh yeah oh yeah' dengan lirik 'bebas, bebas, bebas, bebas, bebas Anuwar, bebas Anuwar' yang turut di selangi dengan 'Reformasin Reformasin.'


Tiada ulasan:

Catat Ulasan