Subscribe:

Pages

Selasa, 24 Mei 2011

PIHAK KALAH TIADA KUASA LAWAN PIHAK MENANG?



Memetik tajuk utama berita yang dimuatkan dalam akhbar tempatan Utusan Borneo pada hari ini yang menyebut TAIB KETUA MENTERI YANG SAH.

Memang benar Pehin Sri Abdul Taib Mahmud adalah Ketua Menteri Sarawak yang sah kerana beliau telah dilantik menjadi ketua menteri sekali lagi secara sah oleh TYT Sarawak setelah Parti Barisan Nasional berjaya memenangi 2/3 daripada kerusi DUN Sarawak yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 pada bulan lepas.

Dalam sidang akhbar semalam, Speaker DUN Dato Sri Mohd Asfia berkata, dalam negara yang mengamalkan proses demokrasi berparlimen, pihak yang kalah pada pilihan raya tiada hak dan kuasa untuk meminta pihak yang menang terutama dalam pilihan raya demokrasi, bebas dan adil agar meletak jawatan.

Tambah beliau, dalam pilihan raya yang berasaskan “Westminster Parliamentary Model”, pertama seseorang itu mesti melalui pilihan raya terutamanya apabila kemenangan mencapai kejayaan 100% oleh parti diwakilinya (ketua menteri) dan lebih 2/3 daripada keseluruhan pembentukan undang-undang.

Namun, apa yang kita ingin ketahui disini ialah,

  1. Benarkah Pehin Sri Abdul Taib akan bersara daripada jawatan ketua menteri dalam tempoh dua tahun lagi?

  1. Jika benar, siapakah calon yang akan menjadi penggantinya (ketua menteri) nanti? Masih ada ruangkah bagi Parti Dayak Sarawak/ Parti Rakyat Sarawak (PRS) memerintah negerinya sendiri?
Jika jawapan bagi kedua-dua persoalan tersebut dijawap dengan BENAR, kami rakyat Sarawak sangat berbesar hati serta berterima kasih dan jika semuanya adalah indah khabar dari rupa pula, janganlah kita hairan jika satu hari nanti Bumi Kenyalang ini akan dijajah oleh Pakatan Rakyat.

Jika diikutkan, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sudah terlalu lama menjadi ketua menteri. Terlalu lama dan terlalu banyak bakti yang beliau sumbangkan. Namun apa yang sangat kita bersimpati disini ialah nasib timbalan beliau. Kita lihat sahaja nasib yang menimpa bekas timbalan beliau yang juga merangkap presiden SUPP, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam. Akibat kekalahan George Chan dalam pilihan raya negeri lepas, semua impian beliau ingin menjadi ketua menteri selama ini hancur berkecai. Kasihan sungguhkan nasib George Chan yang hanya layak memegang jawatan timbalan ketua menteri sahaja. Bagaimana pula dengan nasib timbalan ketua menteri selepas ini? Adakah nasib beliau akan sama seperti nasib yang menimpa George Chan?

Kadang-kadang kita terfikir juga akan usia Pehin Sri ini yang sudahpun menjangkau umur 75 tahun dan beliau juga memiliki seorang isteri yang sangat muda usianya dari beliau serta memiliki paras rupa yang sangat cantik sekali dan tubuhnya seksi ‘ala-ala model’. Apa yang pasti, inilah masa yang sesuai untuk beliau berhenti dari tugasan yang dilaksanakan beliau sejak berpuluhtahun lamanya dan juga inilah waktu yang tepat untuk meluangkan masa sepenuhnya dengan isteri yang baru beliau nikahi itu. Jika dimurahkan rezeki, inilah masa yang tepat untuk beliau menimang seorang cahaya mata pertama dari isteri baru beliau.

PE sekali lagi mewakili rakyat Sarawak yang lain berasa sangat berbangga dan berbesar hati jika Pehin Sri memberi peluang kepada ahli anggotanya (Parti BN) yang lain untuk mengganti beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan