Subscribe:

Pages

Khamis, 7 Julai 2011

BERSIH AKAN MENGADAKAN PERHIMPUNAN MEREKA DI LUAR KUALA LUMPUR


Stadium Merdeka merupakan sebuah stadium yang menjadi keagungan semua rakyat di Malaysia kerana stadium ini telah mencipta sejarahnya tersendiri di mana stadium ini telah digunakan untuk satu upacara yang paling bersejarah dalam sejarah tanahair, iaitu pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman. Sebagai rakyat Malaysia, penulis blog Peluru Emas juga turut berasa bangga kerana stadium inilah yang menjadikan kita hidup aman, damai, makmur dan sejahtera seperti sekarang ini.


Namun, apa yang amat menyedihkan kita pada hari ini ialah insiden yang bakal terjadi pada hari Sabtu ini iaitu satu lagi titik hitam yang akan mencalar imej dan wajah negara Malaysia di pandangan mata dunia, di mana puak-puak Bersih 2.0 akan mengadakan perhimpunan haram mereka di stadium berkenaan. Alangkah sedihnya kita sebagai rakyat Malaysia yang telah mencapai 54 tahun kemerdekaan melihat insiden sebegini bakal terjadi. Apa kurangnya corak pemerintahan negara kita sedia ada? Di manakah cacatnya?


Menurut Bersih 2.0, tujuan mereka melakukan perhimpunan Bersih ini adalah untuk menghantar memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong supaya pilihan raya yang bersih dan adil dapat dilakukan. Sila klik untuk info selanjutnya. 


Namun, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengesyorkan agar Perhimpunan Bersih 2.0 ini diadakan di luar ibu kota Kuala Lumpur atas sebab-sebab tertentu iaitu, mengelakkan kesesakan sedia ada di ibu kota serta menjaga kepentingan orang ramai yang tidak ada kaitan dengan perhimpunan tersebut.


Menurut sumber terkini, Tan Sri Ismail Omar telahpun memanggil penganjur Perhimpunan Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga ke pejabatnya untuk menerangkan lebih lanjut akan keadaan serta situasi yang bakal terjadi jika perhimpunan tersebut tetap diadakan di Stadium Merdeka.


Dalam pada itu, PDRM juga terus melaksanakan siasatan dan tangkapan ke atas individu-individu yang ingin mencetuskan kekecohan dan kekacauan pada hari tersebut berikutan siasatan pihak polis menunjukkan wujudnya cubaan membawa masuk senjata ketika perhimpunan Sabtu ini dan ini terbukti dengan penemuan banyak senjata di lokasi tumpuan orang ramai baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan